Mega 3 Housing Facebook

4 Kelebihan Bandar Klang yang Ramai Tak Tahu


4 Kelebihan Bandar Klang yang Ramai Tak Tahu

Kelebihan-Bandar-Klang-JOMTPG-1-1.gif
Kelebihan-Bandar-Klang-JOMTPG-2-1.gif
Kelebihan-Bandar-Klang-JOMTPG-3-1.jpg


Kelebihan-Bandar-Klang-JOMTPG-4-1.gif

Kelebihan-Bandar-Klang-JOMTPG-5-1.gif

Kelebihan-Bandar-Klang-JOMTPG-6-1.gif
Kelebihan-Bandar-Klang-JOMTPG-7-1.gif
Kelebihan-Bandar-Klang-JOMTPG-8-1.gif
Kelebihan-Bandar-Klang-JOMTPG-9-1.gif
Deskripsi:
4 KELEBIHAN BANDAR KLANG YANG RAMAI TAK TAHU
Sejak kebelakangan ini, saya asyik terdengar ramai yang memilih untuk menetap di sekitar Klang. Terkejut juga saya, maklumlah saya kenali Klang sebagai “bandar antik”. Selama ini Klang dianggap Bandar Diraja yang penuh dengan tempat-tempat bersejarah. Rupa-rupanya Klang juga telah melalui proses urbanisasi sehingga ia kini dianggap sebagai bandar satelit yang moden. Melalui pemerhatian dan perbualan dengan rakan-rakan yang menetap di Klang, saya kenal pasti 4 kelebihan bandar Klang yang kini semakin moden:
1. Infrastruktur Awam Yang Kukuh
9 buah hospital dan pusat kesihatan serta 33 buah sekolah menengah dan sekolah cukup untuk mengekalkan taraf kehidupan yang mampu untuk semua. Ini juga bermaksud kebajikan dalam soal kesihatan dan pendidikan penduduk Klang sentiasa diambil berat oleh pihak yang sepatutnya.
2. Kemudahan Untuk Berhubung Dengan Bandar-Bandar Lain
5 lebuhraya besar, 5 Stesen Komuter di sepanjang laluan Batu Caves – Port Klang dan Terminal Klang Sentral untuk bas dan teksi merupakan sistem efisien yang mengurangkan kos dan masa untuk berulang-alik. Memudahkan penduduk Klang untuk bekerja di bandar-bandar lain tanpa memikirkan soal lokasi yang jauh.
3.  Akses Terhadap Rangkaian Restoran, Supermarket Dan Pusat Beli-Belah
Kemunculan AEON Shopping Centre, Big Mall, Centro Mall, Giant Hypermarket, Tesco Extra, GM Klang Wholesale City, Klang Parade, Shaw Centrepoint dan KSL City Mall menandakan taraf pendapatan penduduk Klang semakin meningkat. Penduduk Klang juga tidak perlu keluar jauh-jauh ke bandar lain untuk menikmati kemudahan-kemudahan rangkaian perniagaan ini.
4. Peluang Pekerjaan Untuk Pekerja Kolar Biru
Selain kemunculan rangkaian perniagaan, peluang pekerjaan juga terdapat ni di Port Klang dengan pelbagai aktiviti ekonomi termasuk perdagangan dan perusahaan. Di samping itu juga Taman Perindustrian yang besar terletak di Bukit Raja, Kapar, Meru, Taman Klang Utama dan Sungai Buloh, Pulau Indah dan Teluk Gong menawarkan bermacam peluang pekerjaan.
Elemen-elemen inilah yang membuka mata saya terhadap Bandar Klang. Semakin ramai yang memilih untuk menetap di luar Kuala Lumpur dan Lembah Klang atas faktor kemudahan di bandar lain hampir setaraf. Sekiranya anda tercari-cari lokasi untuk mmembeli rumah, banyak lagi lokasi-lokasi di sekitar Klang yang boleh dipertimbangkan. Sebagai contoh, Telok Panglima Garang sedang berkembang pesat dengan pembinaan rumah yang mampu dimiliki semua.