Trend Golongan Muda: Membeli atau Menyewa?
Tidak dinafikan lagi bahawa rumah memang menjadi keperluan asas bagi manusia. Sama ada tinggal sendiri mahupun berkeluarga, keperluan ini perlu dipertimbangkan demi menjalani kehidupan seharian.
Namun bagi golongan muda terutamanya mereka yang tinggal di pusat bandar, memiliki kediaman sendiri bukanlah satu matlamat utama yang perlu dicapai. Dengan pelbagai faktor yang perlu dipertimbangkan, golongan muda kelihatan lebih cenderung untuk menyewa tanpa memikirkan manfaat masa panjang.
Kuala Lumpur mencatatkan pendapatan isi rumah golongan pertengahan tertinggi negara namun hanya 53% daripada mereka sahaja yang memiliki kediaman sendiri.
Menurut RENTCafé, purata jumlah sewa setahun di Kuala Lumpur adalah US$4,500 (RM19,319) berbanding pendapatan isi pendapatan rumah golongan pertengahan pada US$22,400. Ini menjadikan kos sewa bulanan RM1,610 berbanding pendapatan RM8,016 – kira-kira lebih 5% daripada pendapatan isi rumah golongan pertengahan pada tahun 2014 iaitu RM7,620.
Untuk jangka pendek, menyewa menjadi pilihan utama. Namun manfaat jangka panjang juga perlu dipertimbangkan. Sekiranya anda memikirkan manfaat jangka panjang sebaiknya beli rumah mengikut kemampuan anda. Jika merujuk rajah di atas, perbezaan antara membeli dan menyewa amatlah ketara. Kita ambil contoh apartment di Petaling Jaya dan rumah teres satu tingkat di TPG. Dengan keluasan dan harga unit tersebut, anda sendiri boleh membuat pertimbangan sendiri. Bandingkan jika menyewa di Petaling Jaya dengan jumlah RM1,200-RM1,300 sebulan dengan pembiayaan rumah sendiri di TPG. Apatah lagi keluasan antara unit tersebut! Sila bersambung dengan bacaan anda di sini, TINGGAL DI TPG, KERJA DI BANDAR
MAKLUMATLANJUT
Tidak kira kali pertama atau pun pelawat tetap, sila memberitahukan nama dan emel anda kepada kami di bawah. untuk memberi pengalaman laman ini yang lebih baik.
Juru khidmat kami akan menghubungi anda dalam masa yang terdekat.