Mega 3 Housing Facebook

DIY – Ceriakan Suasana dengan Sarung Bantal


DIY – Ceriakan Suasana dengan Sarung Bantal

Mega-3-Sarung-Bantal-DIY-Article-10thAug2017-FA-1.jpgMega-3-Sarung-Bantal-DIY-Article-10thAug2017-FA-2.jpgMega-3-Sarung-Bantal-DIY-Article-10thAug2017-FA-3.jpg


Deskripsi:
 

 

Ceriakan Suasana dengan Sarung Bantal

Jika anda rasa suasana bilik seperti kehilangan serinya, tiba masanya anda naikkan ‘mood’ bilik dengan hiasan sarung bantal baru. Tak perlu beli pun, kita ‘DIY’ sahaja. Lagi mudah bukan? Jom kita mula!

 

Bahan-bahan: Jarum peniti, pita ukur, bantal, fabrik kain hiasan, gunting, mesin jahit, buku nota dan pen.

 

  1. Ukur panjang dan lebar bantal. Untuk panjang, tambah 4 inci (untuk lipatan). Untuk lebar, tambah 1 inci (untuk jahitan).

  2. Rekod ukuran tersebut.

  3. Potong kain mengikut ukuran.

  4. Lipat 2 inci dan jahit.

  5. Tegakkan kain anda, letakkan bantal anda di tengah-tengah kain dan lipat kain anda ke atas bantal. Sama dengan sebelah lain.

  6. Pastikan kain itu berbaris di kiri kanan dan muat dengan sekitar bantal.

  7. Pin kedua-dua belah kain bersama.

  8. Keluarkan bantal. Pin kedua-dua belah kain bersama-sama sepanjang sisi.

  9. Jahit garis lurus sepanjang tepi.

  10. Terbalikkan sarung bantal anda. Siap!

 

Jangan bataskan pilihan fabrik anda. Cuba untuk pilih dan padan (mix & match) warna atau hiasan untuk hiasan yang lebih unik dan menarik. Anda juga boleh cuba hasilkan sarung bantal anda sendiri dan letakkan di sofa, bilik tidur, bilik bacaan atau di mana saja. Tak sampai 10 minit pun, senang bukan?

 

Ref:

http://www.creeklinehouse.com/2014/04/the-10-minute-diy-pillow-cover.html

 

https://acuriouslychiclife.wordpress.com/2012/12/15/diy-pillowcase/

 

Akhir kata, tak perlu belanja besar pun kalau nak hias rumah. Cuma kena rajin dan sentiasa lakukan tinjauan. Siapa tak suka kalau rumah jadi lebih indah dan cantik bukan? Jadi tunggu apa lagi? Ringan-ringankanlah diri anda dan mulakan projek DIY anda hari ini juga. Selamat mencuba!