Dalam proses memiliki rumah, tidak dapat tidak bakal pembeli harus berurusan dengan pihak bank untuk meminjam bank. Tidak ramai yang mampu membeli rumah secara tunai. Namun, proses memohon pinjaman dan meyakinkan pihak bank untuk meluluskan pinjaman anda bukanlah sesuatu perkara yang mudah.
Sebelum bank meluluskan pinjaman, mereka mahu melihat keupayaan pemohon untuk membayar semula pinjaman yang dibuat. Ini dilakukan bagi memastikan peminjam bertanggungjawab ke atas pinjaman yang dipohon.
Untuk mendapatkan maklumat mengenai perkara tersebut, bank akan merujuk kepada laporan kredit peminjam. Bagaimanapun, kajian oleh portal kewangan, iMoney mendapati ramai daripada rakyat Malaysia kurang mengambil peduli mengenai laporan kredit ini. Sebanyak 52 peratus daripada mereka tidak mengetahui perkara yang memberi kesan kepada laporan kredit mereka, manakala 67 peratus tidak pernah menyemak laporan tersebut.
Jadi, bagaimanakah caranya untuk bakal pembeli rumah meyemak laporan kredit CTOS mereka? Terdapat tiga cara untuk mendapatkan laporan kredit secara online.
Bagaimanakah persepsi pihak bank kepada laporan CTOS ini? Laporan CTOS ini hanya diguna pakai oleh bank yang tidak mempunyai kad skor, pasukan pemodelan dan pakar statistiknya sendiri. Walau bagaimanapun, kebanyakan bank kini mempunyai standard dan kepakaran sendiri dan tidak bergantung kepada laporan CTOS.
Namun, anda tetap mahu laporan kredit anda bersih dan meyakinkan pihak bank sekiranya anda ingin membuat pinjaman. JIka berlaku percanggahan dalam laporan CTOS dengan kewangan sebenar anda, maka anda harus memberitahu CTOS dan menyediakan segala dokumen sokongan.
Ketua Pegawai Eksekutif CTOS Data System Sdn. Bhd, Eric Chin berkata, sistem itu sebenarnya masih baharu dalam pasaran kerana baru dilancarkan. Kesedaran mengenai CTOS dan jumlah bank yang menggunakan itu semakin meningkat.
Ketua Pegawai Kumpulan Kredit Alliance Bank, Peter Fong berkata, CTOS mempunyai korelasi dengan akaun pelanggan dan profil risiko mereka.
Manakala Ketua Pegawai Eksekutif Skybridge International, Adrian Un menjelaskan adalah wajib untuk pihak bank menyemak profil kredit CTOS pemohon pinjaman sebelum menyemak dengan Central Credit Reference Information System (CCRIS).
Patutkah anda menyemak laporan kredit anda?
Sebenarnya, ada kelebihan jika anda menyemak laporan kredit anda dari semasa ke semasa. Ini kerana sekiranya anda kerap menyemak laporan berkenaan, anda akan lebih mudah memahami profil kredit masing-masing lantas mudah untuk meyakinkan pihak bank untuk meluluskan pinjaman anda.
Selain itu, profil kredit membantu pemohon memahami status kredit masing-masing. Ini kerana ramai yang tidak mengambil peduli signifikan sikap tidak membayar hutang dan kesannya terhadap skor kredit mereka. Di sinilah CTOS menekankan betapa pentingnya untuk seseorang menyemak lapaoran kredit mereka secara kerap untuk memahami ‘kesihatan’ kewangan mereka sebelum membuat pinjaman bank bagi meningkatkan peratusan pinjaman itu diluluskan.
Tambah Eric, terdapat beberapa perkara seperti rekod pembayaran yang buruk, kes litigasi dan maklumat yang salah memerlukan masa untuk ’dibersihkan’. Skor CTOS menggunakan pelbagai maklumat kredit dalam laporan tersebut. Maka amat penting untuk seseorang menyemak dan menaik taraf laporan kreditnya.
Bagi MyCTOS pula, ia menawarkan pandangan komprehensif dalam fail kredit seseorang. Dalam laporan tersebut terkandung beberapa maklumat seperti identiti, pendedahan kepada perniagaan, jenis-jenis fasiliti kredit, pembayaran kepada bank dan pihak bukan bank, laporan dari rekod awam dan skor MyCTOS.
Dalam pada itu, Un berkata, sepanjang pemerhatiannya, dia mendapati bahawa ramai orang tidak mengambil peduli akan laporan kredit kerana menyangka pihak bank akan menyemak sendiri status kredit mereka.
Katanya, membayar RM10 untuk laporan asas bukanlah satu amaun yang besar. Ini kerana ia menunjukkan sikap berhati-hati sebelum menunjukkan komitmen kepada satu pembelian baharu.
Bagaimanapun, Un berkata CTOS lebih relevan kepada pemilik perniagaan daripada individu lain. Ini kerana lebih mudah untuk menyemak sekiranya pemilik perniagaan tersebut berhadapan dengan saman daripada klien atau pembekal.
Un bersetuju dengan cadangan supaya pekerja membuat semakan CTOS setahun sekali. Ini kerana terdapat beberapa kes kecurian identiti dimana identiti seseorang disalah gunakan untuk menubuhkan satu syarikat yang bersifat penipuan.
Cara untuk meningkatkan lapoarang kredit anda
Jadi, apakah caranya untuk anda meningkatkan skor kredit anda? Eric menyenaraikan empat cara anda boleh memperbaiki laporan CTOS anda.
Disenarai hitam bukan kerana CTOS
Ramai yang beranggapan bahawa jika pinjaman seseorang itu gagal maka ia berpunca daripada senarai hitam yang dilakukan oleh pihak CTOS. CTOS tidak menyebabkan senarai hitam kerana ia hanya berfungsi memberi bank ringkasan mengenai data-data yang boleh didapati secara umum untuk membantu pihak bank menilai pemohonan pinjaman berkenaan. CTOS sebagai agensi laporan kredit hanya memberikan maklumat tersebut tanpa menokok tambah dengan cadangan atau pendapat tersendiri.
CTOS vs. CCRIS
Fong berkata, kedua-dua CTOS dan CCRIS merupakan sumber informasi kredit pelanggan bank. CCRIS menyediakan informasi mengenai pendedahan kredit pelanggan dengan pihak bank dan sikap mereka. Manakala CTOS ialah ringkasan skor kredit yang diperolehi daripada kedudukan kewangan.
CTOS
CCRIS
Perbezaan
CTOS ialah agensi laporan credit yang berdaftar di bawah Akta Agensi Laporan Kredit 2010
Sistem pangkalan data yang diselia oleh Bank Negara Malaysia
Maklumat yang dikumpul
Maklumat dikumpul daripada pelbagai sumber termasuk domain awam dan maklumat wajar daripada pihak bank
Maklumat dikumpul daripada bank dan institusi kewangan
MAKLUMATLANJUT
Tidak kira kali pertama atau pun pelawat tetap, sila memberitahukan nama dan emel anda kepada kami di bawah. untuk memberi pengalaman laman ini yang lebih baik.
Juru khidmat kami akan menghubungi anda dalam masa yang terdekat.