6 Perkara Perlu Anda Pertimbangkan Sebelum Memohon Pembiayaan Rumah Membeli rumah pertama merupakan langkah penting yang bakal mengubah hidup anda. Namun, pembiayaan kediaman juga sepenting keputusan anda untuk memiliki kediaman.
Ketahui petua-petua ini bagi mendapatkan yang terbaik menerusi pembiayaan rumah anda.
Jenis Pembiayaan Rumah Pembiayaan rumah kebiasaannya memerlukan anda membayar semua jumlah tetap untuk setiap bulan sepanjang tempoh pembiayaan rumah (contoh: 30 tahun). Manakala pembiayaan fleksi memberikan anda pilihan untuk mengurangkan kadar faedah mengikut ketetapan anda.
Kadar Faedah Jadikan keutamaan anda untuk memilih bank yang menawarkan kadar faedah rendah untuk pembiayaan rumah anda.
Margin Pembiayaan (Jumlah yang Boleh Dipinjam) Sebagai contoh: untuk rumah berharga RM500,000 anda perlu membayar RM100,00 sebagai bayaran pendahuluan jika Margin Pembiayaan anda 80%. Namun anda hanya perlu membayar RM50,000 sebagai bayaran pendahuluan sekiranya Margin Pembiayaan anda adalah 90%.
Tempoh Perjanjian Pembiayaan Anda akan dikenakan denda sekiranya anda memilih untuk melangsaikan pembiayaan sebelum tamat tempoh pembiayaan tersebut.
Fi & Caj Tertentu Permohonan pembiayaan rumah melibatkan urusan profesional dan proses yang dikawal selia oleh kerajaan seperti penyediaan dan pembayaran semula pembiayaan, pembayaran duti setem dan caj pemprosesan pihak bank.
Pihak Bank Anda akan berurusan dengan pihak bank dengan kerap untuk jangka masa panjang sepanjang tempoh pembiayaan rumah tersebut. (Selalunya sekitar 20-30 tahun).
Diolah daripada sumber asal: http://www.starproperty.my/index.php/articles/property-news/6-things-you-should-consider-when-taking-up-a-home-loan-in-malaysia-2/
MAKLUMATLANJUT
Tidak kira kali pertama atau pun pelawat tetap, sila memberitahukan nama dan emel anda kepada kami di bawah. untuk memberi pengalaman laman ini yang lebih baik.
Juru khidmat kami akan menghubungi anda dalam masa yang terdekat.