Mega 3 Housing Facebook

Transit Aliran Ringan 3 (LRT 3)


Transit Aliran Ringan 3 (LRT 3)

JOMTPG-LRT-3-1.jpg
JOMTPG-LRT-3-2.gifJOMTPG-LRT-3-3.jpgJOMTPG-LRT-3-4.gifJOMTPG-LRT-3-5.jpgJOMTPG-LRT-3-6.gifJOMTPG-LRT-3-7a.jpgJOMTPG-LRT-3-8(1).gifJOMTPG-LRT-3-7b.jpg
 
Deskripsi:
Baru-baru ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah melancarkan
projek rel bandar di koridor barat Lembah Klang, Transit Aliran Ringan 3
(LRT3). Rangkaian LRT3 ini melibatkan laluan sepanjang 37 kilometer
dengan akses merentasi Klang, Shah Alam dan Petaling Jaya. Ia juga akan
mengintegrasikan tiga stesen LRT3 dengan menghubungkan pengangkutan
baru dan sedia ada yang bakal memudahkan kira-kira 2 juta penduduk
sekitarnya. Projek ini dijangka siap pada 31 Ogos 2020.
Langkah kanan ini merupakan inisiatif kerajaan yang telah lama dinanti oleh
rakyat Malaysia. Pembangunan infrastruktur ini bukan sahaja bakal
menghubungkan pengangkutan antara bandar, ia juga mampu
menyelesaikan masalah kesesakan jalan raya di mana orang ramai akan
lebih cenderung untuk menggunakan sistem LRT yang lebih mantap dan lebih
efisien. Malahan, kos perbelanjaan seharian juga mampu dijimatkan dengan
penggunaan LRT. Kos seperti minyak, tol dan tempat letak kereta kini bukan
lagi beban bagi mereka yang memilih LRT sebagai alternatif perjalanan.
Secara tidak langsung juga, nilai kediaman dan tanah sekitar pembinaan LRT
ini bakal meningkat. Menurut statistik, harga rumah di Lembah Klang boleh
meningkat sebanyak 15%-18% setiap tahun.
Kini dengan 37 stesen merentasi bandar yang bermula dari Gombak
sehingga Putra Height, ia bakal menjadi jajaran terpanjang pengangkutan
awam di Lembah Klang dengan hentian akhir di Johan Setia, Klang. Ini
semestinya memberikan berita baik kerana kawasan yang bakal terkesan
adalah Telok Panglima Garang, yang berdekatan dengan stesen LRT3 Johan Setia.
Dengan akses mudah dan pantas dari Telok Panglima Garang ke pelbagai
pusat bandar dan pusat perindustrian, kawasan ini bakal menjadi tumpuan
ramai untuk didiami. Ia juga dikelilingi dengan pelbagai kemudahan awam lain
seperti pejabat kerajaan, hospital, sekolah dan lain-lain. Johan Setia, Klang
bakal menjadi perhatian orang ramai. Dengan pelbagai kemudahan dan
pembangunan infrastruktur yang bakal tiba, kawasan ini mampu memberikan
impak dan kebaikan untuk penduduk sekitarnya.
Pembangunan infrastruktur seperti LRT ini bukan sahaja memberikan
kemudahan kepada rakyat, ia juga mampu menjana produktiviti negara.
Dengan akses menyeluruh 37 stesen LRT dan beberapa lagi yang bakal
menyusul, inilah kemudahan dan kemajuan yang bakal menghubungkan kita
semua demi masa depan negara yang lebih cerah.
Sumber: Astro Awani
Sumber: imoney.com