Mega 3 Housing Facebook

JOMTPG ! Pengubat kesibukan bandar - Tmn Rekreasi Paya Bakau


JOMTPG ! Pengubat kesibukan bandar - Tmn Rekreasi Paya Bakau


JOMTPG-Bakau1.jpgJOMTPG-Bakau2.jpg
Taman Rekreasi Paya Bakau merupakan tempat untuk anda menikmati keindahan alam semula jadi. Inilah tempat bagi mereka yang cintakan alam semula jadi. Sangat mudah untuk sampai ke Taman Rekreasi Paya Bakau. Selepas anda nampak tanda ‘Sijangkang Harmoni’, hanya jalan terus dan selepas anda melalui perkampungan Melayu, anda akan sampai ke destinasi.
JOMTPG-Bakau3.jpg
Lokasi ini juga bakal menjadi jeti terpanjang di masa akan datang. Beberapa projek juga bakal dibangunkan untuk Taman Rekreasi Paya Bakau seperti tapak perkhemahan, trek basikal dan joging bagi menggalakkan orang ramai untuk melakukan aktiviti luar. Di sini, anda perlu patuhi peraturan yang ditetapkan seperti tidak membuang sampah merata-rata dan memberi makan yang tidak sesuai kepada haiwan terutamanya monyet.
JOMTPG-Bakau4.jpg

Hutan bakau ini dipenuhi dengan pokok dan kayu. Anda akan berasa tenang dikelilingi dengan keindahan suasana hijau. Apabila air laut surut, bukan sahaja anda dapat melihat pelbagai spesis pokok dan akar, anda juga dapat melihat kehidupan lain yang berada di hutan bakau ini seperti pokok Kandelia, ikan tembakul dan ketam rebab. Ia sukar dilihat kerana saiznya yang sangat kecil. Bagi mereka yang ingin menerokai hutan ini, sila bawa teleskop untuk pandangan yang lebih jelas. Seperti yang dicadangkan, anda boleh datang ketika air surut dan terokai lebih lagi ketika di sini.

 

JOMTPG-Bakau6.jpg
JOMTPG-Bakau7.jpgJOMTPG-Bakau8.jpg

Tiket:

  •  Dewasa: RM2

  • Kanak-kanak: RM1 (Umur di bawah 12 tahun)


Waktu operasi: 8pagi – 7petang

GPS : 2.940086, 101.420725