Mulakan Pelaburan Anda Dalam Hartanah! Golongan muda seharusnya lebih peka dan mengambil peluang untuk melabur dalam hartanah. Dengan pengurusan kewangan yang kukuh dan penguasaan ilmu hartanah yang sewajarnya, pelbagai manfaat dapat diperolehi untuk jangka masa panjang. Nak tahu apa manfaat tersebut? Jom kita tengok.
Manfaat Masa Panjang Nilai hartanah akan meningkat dari masa ke masa, menjadikan ia pelaburan terbaik untuk jangka masa panjang.
Pelaburan Yang Stabil Menurut Pusat Maklumat Harta Tanah Negara, nilai hartanah meningkat sebanyak 9% sepanjang 5 tahun terakhir ini.
Jana Pendapatan Lebih Dengan memiliki kediaman, anda boleh menyewakan unit tersebut dan jana pendapatan lebih untuk diri sendiri.
Keperluan Asas Permintaan kediaman yang selesa dan selamat kini semakin meningkat. Ditambah pula dikelilingi kemudahan asas dan infrastruktur, ia menjadikan nilai kediaman tersebut semakin tinggi.
Pelan Persaraan Dengan perancangan dan pemilihan hartanah yang tepat, kediaman tersebut bakal memberikan manfaat semasa persaraan anda, sama ada untuk dijual semula, sewa mahupun untuk kediaman sendiri.
Aset Peribadi Memiliki kediaman sendiri dilihat sebagai asset di mana nilai hartanah bakal meningkat merentasi masa, lantas memberikan pemilik unit pelaburan yang stabil dan kukuh.
Malahan ujar Azizul Azli selaku pengamal hartanah di artikel bertajuk ‘Make the best out of your investment’ di The Star Online, beliau menyewakan unit yang dibeli dan menjadikan ia sebagai sumber pendapatan. Menurut pengalaman, beliau akan memastikan unit yang disewakan lengkap dan sesuai untuk didiami.
Pernah sekali beliau membeli unit lelong dengan harga RM16,000 dan lantas beliau menaik taraf unit tersebut dengan membersih, mengecat dan sebagainya agar ia sesuai untuk disewakan.
MAKLUMATLANJUT
Tidak kira kali pertama atau pun pelawat tetap, sila memberitahukan nama dan emel anda kepada kami di bawah. untuk memberi pengalaman laman ini yang lebih baik.
Juru khidmat kami akan menghubungi anda dalam masa yang terdekat.