Mega 3 Housing Facebook

JOMTPG HOTSPOT 2017


JOMTPG HOTSPOT 2017

JOMTPG HOTSPOT 2017

Teluk Panglima Garang (TPG) terletak di antara Banting dan Klang dan ia telah dinamakan sebagai salah satu kawasan hotspot bagi tahun 2017 oleh The Edge. Jika dilihat kepada tren pembangunan yang sedang berlaku, hampir keseluruhan kawasan Selangor telah membangun dari utara Rawang dan Selayang) hingga ke selatan (Salak Tinggi). Kini TPG adalah salah satu kawasan pembangunan seterusnya kerana kawasannya yang masih lagi hijau dan punyai potensi yang luas.

JOMTPG LRT 3 & WCE

Salah satu pembangunan infrastruktur baru yang bakal berlaku iaitu LRT3 dijangka siap pada tahun 2020 dan ia merupakan rangkaian LRT yang menghubungi TPG dengan bandar-bandar utama, seperti Shah Alam. Stesen terakhir LRT3 iaitu Johan Setia terletak hanya 9.1km dari TPG. Dengan perhubungan dari PJ ke Shah Alam ke Johan Setia, ini memberikan peluang yang bernilai kepada mereka yang ingin bekerja di bandar-bandar besar dan masih lagi boleh mendiami rumah yang selesa di luar bandar. Berikut merupakan rangkaian lebuh raya di Lembah Klang dan yang terletak berhampiran kawasan TPG. Lebuhraya Pantai Barat atau West Coast Expressway (WCE) merupakan lebuh raya baru yang bakal dibina dan dijangka siap pada tahun 2019. WCE akan menghubungkan kawasan Taiping
dengan Banting dan ia akan membantu memudahkan hubungan antara kawasan luar bandar dengan kawasan bandar, terutamanya dengan adanya persimpangan-persimpangan penting antara WCE dan lebuhraya-lebuhraya lain yang sedia ada.

Pembangunan infrastruktur ni akan menjadi pemangkin kepada pembangunan kawasan TPG. Ini membuka peluang untuk membeli hartanah di sekitar TPG sementara harga masih lagi berpatutan.

JOMTPG SHAH ALAM
 
Dengan pembangunan TPG dan pembangunan infrastruktur pengangkutan baru seperti LRT3 dan WCE, perjalanan dari TPG ke Shah Alam akan mengambil masa kurang daripada 30 minit, termasuklah jika anda memandu sendiri dari TPG ke Shah Alam dan ini akan menjimatkan masa yang berharga. Bandar-bandar utama yang lain seperti Puchong dan Putrajaya juga mudah untuk diakses daripada TPG dengan masa perjalanan yang tidak mencecah sejam.

​PERKEMBANGAN AKAN DATANG

Dalam masa yang terdekat, terdapat pelbagai pembangunan yang penting bakal berlaku di sekitar kawasan TPG yang akan memberikan peluang bernilai kepada anda. KSL City Mall yang bakal dibina di bahagian utara TPG dijangka siap pada tahun 2018. Di bahagian timur TPG, terdpat kawasan-kawasan kediaman yang moden, menarik dan membangun seperti Tropicana Aman, Bandar Rimbayu, dan Eco Santuary. Pulau Carey di selatan TPG bakal dibangunkan setelah kerajaan Malaysia menandatangani Memorandum of Understanding (MoU) dengan India dan ia akan disokong oleh bajet lumayan sebanyak USD22.78b untuk membangunkan Bandar Integrasi Maritim dan USD9.39b untuk membangunkan Pelabuhan Pulau Carey. Ini akan menggalakkan lagi pembangunan di sekitar kawasan TPG. IKEA bakal
bina pusat distribusi/gudang di Pulau Indah, di bahagian barat TPG, dan ia bakal menjadi pusat pengedarannya yang ketiga terbesar di dunia. Infrastruktur pengangkutan yang penting seperti Lebuhraya Pantai Barat (WCE) dijangka akan siap pada tahun 2019, manakala LRT3 dijangka akan siap pada tahun 2020.