Mega 3 Housing Facebook

Kad Kredit (Bhg. 2) - 5 Alternatif Kad Kredit


Kad Kredit (Bhg. 2) - 5 Alternatif Kad Kredit


Sesi AA - Episod #7: (Bhg:2) - 5 ALTERNATIF KAD KREDIT

Deskripsi:

Hari ini ada banyak alternatif kepada kad kredit. Dalam video ini sahaja, saya nak share 5 alternatif kepada kad kredit.

Alternatif #1: Kad debit Hari ini, penggunaan kad debit sudah meluas dengan adanya kad debit visa atau mastercard. Semakin banyak kedai yang menerima kad ini sebagai kaedah pembayaran dan ia sebenarnya lebih selamat dari kad kredit. Kerana dengan kad debit, kita hanya menggunakan duit yang kita ada dalam bank sahaja dan tidak lebih dari itu. Jadi, spending kita akan lebih terkawal. Bagi kad kredit pula, kita boleh spend melebihi duit yang kita ada dalam bank. Dalam erti kata lain, kita beli dengan berhutang. Jika nafsu membeli tidak terkawal, kemudahan ini boleh disalahgunakan dengan satu swipe saja.

Alternatif #2: Online banking Dunia kini semakin hari semakin digital. Statistik daripada MCMC pada tahun 2017 menunjukkan semakin ramai rakyat yang membeli secara online. Maknanya, demand untuk servis online banking semakin meningkat. Sama seperti kad debit, dengan online banking kita hanya guna duit yang ada dalam bank sahaja. Tidak lebih dan tidak kurang. Tidak perlu berhutang, tidak ada interest, dan spending kita akan lebih terkawal.

Alternatif #3: Paypal Sekiranya anda ingin membeli secara online di pasaran local dan global, Paypal adalah salah satu payment gateway yang diterima pakai secara meluas seluruh dunia. Banyak online shopping website gergasi seperti Amazon dan eBay menerima Paypal sebagai salah satu kaedah pembayaran. Untuk tahu lebih lanjut, layari paypal.com.my.

Alternatif #4: Cash Kaedah old school ini masih lagi digunapakai dan ia sebenarnya salah satu cara untuk berbelanja dengan cermat dan selamat. Sebelum kita nak belanja, plan dahulu apa yang nak dibeli dan sediakan wang yang secukupnya untuk nak beli. Pergi ke bank, keluarkan duit cash, dan bayar dengan cash. Kadang-kadang apabila kita tahu kita ada banyak duit dalam bank, kita ada tendency untuk beli lebih banyak. Padahal tak perlu pun. Tapi jika kita sudah plan nak beli apa dan kita hanya sediakan duit yang cukup untuk beli itu sahaja, jadi kita akan lebih terkawal daripada berbelanja di luar planning kita.

Alternatif #5: Kumpul duit Okay. Setakat ni kita hanya cakap pasal guna duit yang ada dalam bank sahaja. Tapi kalau kita tak cukup duit nak beli apa yang kita nak, macam mana? Time tu la nak guna kad kredit kan? Tak semestinya. Ingatlah kembali ke zaman kecik-kecik dahulu. Kembalilah kepada tabiat menabung. Belajar balik untuk bersabar dan tunggu sehingga duit mencukupi. Bukannya kita belanja immediately apabila keinginan itu muncul.

Sekian sahaja perkongsian 5 alternatif kepada kad kredit.

Until next time, Assalamualaikum. Bye!