Mega 3 Housing Facebook

Kemudahan Akses Lebuhraya Menjana Ekonomi & Peluang Pekerjaan


Kemudahan Akses Lebuhraya Menjana Ekonomi & Peluang Pekerjaan

Lebuhraya-TPG-1.gif
Lebuhraya-TPG-2.gif
Lebuhraya-TPG-3.gif
Deskripsi:
 

Kemudahan Akses Lebuhraya Menjana Ekonomi dan Peluang Pekerjaan

 

Telok Panglima Garang kini semakin pesat berkembang. Mahupun pembangunan infrastruktur atau pertumbuhan ekonomi, kedua-duanya kini melakarkan pertumbuhan yang seiring demi manfaat rakyat. Pembangunan seperti LRT3 dan KSL City Mall yang bakal tiba dijangka merancakkan sektor ekonomi tempatan dan luar kawasan sekaligus membuka mata negara tentang potensi Telok Panglima Garang.

 

Namun sama ada anda bekerja di Telok Panglima Garang ataupun luar kawasan, faktor ini perlu dititikberatkan: akses lebuh raya. Bukan sahaja memudahkan perjalanan, ia juga menjimatkan masa perjalanan anda agar lebih lancar dan efisien. Tahukah anda bahawa Telok Panglima Garang dikelilingi beberapa akses lebuh raya yang menghubungkan pelbagai pusat bandar dan pusat perindustrian?

 

Bagi mereka yang bekerja di Pusat Bandar Kuala Lumpur, mereka boleh menggunakan akses lebuh raya LKSA. Dengan jarak 47.2KM dan kemudahan lebuh raya yang selamat, perkara ini memudahkan perjalanan ke tempat kerja sekaligus membuka peluang orang ramai untuk mencari peluang pekerjaan di ibu kota.

 

Untuk penjawat awam yang berkhidmat di Putrajaya pula, mereka hanya perlu menggunakan lebuh raya SKVE untuk sampai ke sana. Dengan jarak 45.4KM dan masa perjalanan 49 minit, ia bakal memberikan anda perjalanan yang lancar untuk anda ke tempat kerja. Menempatkan pelbagai pejabat kerajaan dan pusat perindustrian, semestinya perjalanan ke tempat kerja bukan lagi masalah buat mereka.

 

Lebuh raya SKVE juga menghubungkan anda ke Port Klang Free Trade Zone pada kadar 44 minit sahaja. Pusat perindustrian ini bukan sahaja antara yang tersibuk di Selangor, ia juga menjadi tumpuan syarikat-syarikat besar dalam menjalankan aktiviti eksport dan import mereka. Tambahan, ia memberikan peluang pekerjaan kepada bakat negara dan secara tidak langsung telah mencetuskan keperluan dan potensi industri berkenaan.

 

Tambahan pula, dengan jarak 20.8km ke Pulau Carey. Terkini, Malaysia telah mencapai kata sepakat bersama negara India, di mana antara agenda utama perjanjian tersebut adalah pembangunan bandar integrasi maritim yang bernilai USD22.78bil dan projek pelabuhan Pulau Carey yang bernilai USD9.39 bilion. 

 

Bandar-bandar lain seperti Bandar Sunway dan Puchong juga dapat diakses dengan mudah dari Telok Panglima Garang. Dengan adanya kemudahan akses lebuh raya ini, setiap kebaikan daripadanya dapat dinikmati oleh oleh semua pihak. Bukan sahaja menghubungkan antara bandar, ia juga dapat membuka ruang dan meningkatkan lagi peluang pekerjaan sama ada di bandar ataupun luar bandar.

 

Semoga pertumbuhan ini berterusan agar ekonomi negara akan sentiasa meningkat demi melahirkan masa depan negara yang lebih cerah dan terjamin.

 

Terokai potensi Telok Panglima Garang di http://www.jomtpg.com.my