Mega 3 Housing Facebook

TPG: Pembangunan Pesat Untuk Kesejahteraan Masa Depan


TPG: Pembangunan Pesat Untuk Kesejahteraan Masa Depan

TPG: Pembangunan Pesat Untuk Kesejahteraan Masa DepanKESEIMBANGAN KEMOPENEN & ALAM SEKITAR JUGA DIKEKALKAN Telok Panglima Garang bakalLAYARI JOMTPG COM.MYLIHAT 'BIG PICTURE' #JOMTPG
Deskripsi :
Telok Panglima Garang: Pembangunan Pesat Untuk Kesejahteraan Masa Hadapan

Negeri Selangor kini berada dalam landasan terbaik untuk menjadi negeri maju. Pelbagai pembangunan infrastruktur kini dapat dilihat di serata negeri demi kemudahan rakyat. Bandar-bandar seperti Bukit Tinggi, Kota Kemuning, Bandar Saujana Putra, Salak Tinggi dan Putrajaya merupakan pusat bandar dan kawasan tumpuan yang mengelilingi Telok Panglima Garang. Menurut peta, ternyata pembangunan kini lebih cenderung di sekitar barat

Selangor iaitu sekitar Telok Panglima Garang, Jenjarom dan Banting. Malahan, Telok Panglima Garang dijangka menjadi setanding seperti bandar-bandar maju lain di masa hadapan.

Untuk mencapai kemajuan tersebut, pembangunan kini telah giat bermula. Seperti yang kita tahu, projek LRT3 telah diumumkan pada tahun 2016 dan stesen terakhir rangkaian ini adalah Johan Setia. Dengan hanya 2KM dari Telok Panglima Garang, semestinya ia bakal memudahkan perjalanan penduduk sekitar. Projek ini dijangka siap pada tahun 2020. KSL City Mall juga dalam proses pembinaan untuk memenuhi keperluan kemudahan asas penduduk setempat.

Akses lebuh raya juga tersedia bagi menghubungkan bandar-bandar sekeliling. Lebuh raya seperti SKVE, yang menghubungkan Pulau Indah dan Putrajaya mempunyai persimpangan keluar di Telok Panglima Garang.

Tambahan, Lebuhraya WCE yang kini sedang dibina dijangka siap pada tahun 2019. Lebuh raya ini bakal menghubungkan KLIA dan Taiping, dan mempunyai persimpangan keluar di Telok Panglima Garang. Akses lebuh raya ini bukan sahaja menghubungkan pelbagai pusat bandar, ia juga dijangka merancakkan lagi sektor ekonomi dan meningkatkan peluang pekerjaan untuk penduduk sekitar.

Pembangunan ini juga dijangka menarik ramai pihak untuk menetap di sana. Menyokong kenyataan tersebut, 3 projek ‘township’ baharu yang dibawakan oleh pemaju terkemuka negara juga bakal memenuhi pemintaan tersebut. Kawasan ‘golden triangle’ ini ialah Tropicana Aman, Rimbayu dan Eco Sanctuary. Namun disebalik pembangunan pesat, Telok Panglima Garang memberikan keseimbangan hidup yang anda perlukan. Dikelilingi keindahan hijau semula jadi, pelbagai lokasi boleh anda kunjungi bersama keluarga. Antaranya ialah Pantai Morib, Bukit Jugra, Taman Paya Bakau Sijangkang dan pelbagai lagi!

Telok Panglima Garang bukan sahaja menumpukan kemajuan masa hadapan, namun ia juga mengekalkan keseimbangan di antara kemodenan dan alam sekitar. Sama ada untuk tujuan kediaman mahupun pelaburan, Telok Panglima Garang bakal melebarkan potensinya dengan lebih meluas. Memiliki aset atau hartanah bakal memberikan pulangan lumayan bagi pemiliknya. Dengan berada di landasan terbaik untuk berada sebaris pusat bandar maju, Telok Panglima Garang semestinya wajar diberikan perhatian.

Telok Panglima miliki segala yang anda perlukan. Akses lebuh raya, kemudahan asas dan pengangkutan awam, kediaman indah dan pelbagai lagi. Jika mahukan sesuatu berbeza, Telok Panglima Garang juga dikelilingi pelbagai tarikan alam sekitar untuk anda kunjungi. Tunggu apa lagi?

JOMTPG!

Untuk maklumat lanjut, layari www.jomtpg.com.my dan lihat 'BIG PICTURE' #JOMTPG.