Mega 3 Housing Facebook

Reputasi Pemaju Menjadi Keutamaan dalam Pembelian Kediaman Anda


Reputasi Pemaju Menjadi Keutamaan dalam Pembelian Kediaman Anda

1,261 PEMAJU Pemaju Yang Disenarai Hitam 2 3 TELAH DISENARAI HITAM
 
JANGAN BIAR SENARIO INI BERLAKU KEPADA ANDA
ReputasiPemaju_4-(1).gif
Jumlah keseluruhan kediaman yang telah dibina di bawah pengurusan Mega 3 Housing dan Raya Baiduri adalah 7,279 unit
ReputasiPemaju_6-(1).gif
 
KESIMPULANNYA, PEMILIHAN PEMAJUAN PERUMAHAN AMATLAH PENTING.
Deskripsi : 
Pelbagai faktor perlu dipertimbangkan ketika membeli kediaman pertama anda. Rata-rata pembeli hanya mengutamakan dokumen untuk kelulusan bank, rekod kewangan yang stabil dan lokasi kediaman pilihan. Namun, mereka sering terlepas pandang tentang perihal reputasi pemaju perumahan yang dipilih oleh mereka. 

Menurut Utusan Online, sebanyak 1,261 pemaju perumahan telah disenarai hitam oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan tidak dibenarkan menyertai sebarang projek pembinaan perumahan bermula 2015. 

Dengan peningkatan projek perumahan terbengkalai, pemilihan pemaju perumahan semestinya perlu dijadikan keutamaan. Sekiranya masih ada lagi pembeli yang bersikap acuh tak acuh, pemaju yang tidak bertanggungjawab pasti akan terus mengambil kesempatan. Tambahan, pemaju seperti ini bukan sahaja membina kediaman dengan harga yang murah, mereka juga dilaporkan gagal menyediakan kemudahan asas di samping membina rumah yang berkualiti rendah. 

Menyedari isu ini, Mega3 Housing tampil ke hadapan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dengan hasrat untuk menjadi pelopor utama syarikat pembinaan perumahan yang menawarkan harga mampu milik kepada seluruh rakyat Malaysia, Mega 3 Housing kini telah meletakkan reputasi mereka di landasan yang terbaik.

Kini pada tahun 2016, Mega 3 Housing telah berjaya menyelesaikan 10 projek perumahan terbengkalai dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM200 juta. 

Bermula dari 2002 sehinggalah kini, Mega 3 Housing telah berjaya membawakan 5,481 pelbagai jenis unit dan kediaman untuk keperluan rakyat Malaysia. Tahun 2016 mencatatkan rekod jumlah nilai pembangunan kasar (GDV) bagi Mega3 Housing sejumlah RM768,086,040 (16hb Mac 2016). 

Raya Baiduri juga mencatatkan rekod cemerlang sepanjang perjalanan mereka. Sejak 2005, sebanyak 1,798 unit pelbagai jenis telah dibina. Pada tahun ini, jumlah nilai pembangunan kasar (GDV) unit-unit tersebut bernilai RM314,895,177 (16hb Mac 2016). 

Jumlah keseluruhan kediaman yang telah dibina di bawah pengurusan Mega 3 Housing dan Raya Baiduri adalah 7,279 unit. Dengan pembangunan di serata Malaysia merangkumi Selangor, Pahang, Negeri Sembilan dan Melaka, projek ini terbukti membantu sebilangan besar rakyat Malaysia dalam merealisasikan impian untuk memiliki kediaman pertama mereka. Rekod seperti ini semestinya menggambarkan kestabilan dan tahap komited pemaju demi membawakan rumah mampu milik untuk rakyat Malaysia. 

Kesimpulannya, pemilihan pemajuan perumahan amatlah penting. Bagi mengelakkan ditipu mahupun projek tersebut terbengkalai, sila semak maklumat pemaju yang dipilih. Pastikan pemaju mempunyai rekod bersih dan sifar masalah agar pembelian kediaman anda lancar dan selamat. 

Mega 3 Housing akan terus komited memberikan yang terbaik untuk membawakan kediaman indah dan mampu milik untuk setiap rakyat Malaysia di masa akan datang.

Ketahui lebih lanjut tentang Mega 3 Housing di http://mega3.com.my/mengenai-kami/mengenai-kami/