Mega 3 Housing Facebook

'BIG PICTURE' #JOMTPG


'BIG PICTURE' #JOMTPG

RB-TPG-BigMap-03052019-850px.jpg
Klik sini untuk muat turun Peta "Jom TPG". 


#JOMTPG ingin memberitahu anda perkembangan semasa stesen LRT3 Johan Setia. Berikut merupakan tapak pembinaan bagi LRT3, hanya 9km daripada TPG melalui Jalan Klang - Banting. Stesen Johan Setia akan berada di sini (show on map), R&R berada di sini (show on map), dan 4km dari stesen Johan Setia adalah KSL city mall. LRT3 akan mempunyai 20 stesen dan melibatkan laluan sepanjang 37 kilometer dari Johan Setia hinggalah One Utama. Ia juga melalui salah satu bandar utama iaitu Shah Alam. Stesen terakhir bagi LRT3 adalah stesen Johan Setia, hanya 9km dari TPG. Bayangkan anda boleh punyai rumah sendiri di TPG, dan bekerja di Shah Alam / Glenmarie. 


#JOMTPG ingin memberitahu anda perkembangan semasa West Coast Expressway atau WCE yang akan menyenangkan para penduduk TPG. Berikut adalah tapak Plaza Tol 17 yang terletak bersebelahan Jalan Kebun dan ia akan menjadi titik penyambung antara SKVE dan WCE. Daripada Taman Bentara, plaza tol ini hanya 4.6km melalui Jalan Kebun. Anda boleh lihat kedudukan sebenar Plaza Tol 17 di sini, atau melalui peta Google di sini. WCE sedang rancak dalam pembinaan dan ia bakal menghubungkan Banting dengan Taiping, memudahkan perjalanan antara keduanya. Menariknya, Plaza Tol 17 WCE hanya 4.6km dari Taman Bentara kami. 

Deskripsi:
7/19/2019
Pernah tak korang teringin nak pergi ke Universal Studios atau Disney World?

Paling dekat dengan kita pun adalah Universal Studios di Singapura, tapi nak travel ke situ bukannya murah. Alhamdulillah, saya sempat singgah ke Universal Studios Singapura tapi hanya mampu bergambar di luar pagar sahaja. So tak dapat la nak merasa keadaan di dalam.

Tapi, semasa saya belajar di Kanada, saya sempat menjelajah Universal Studios di Orlando, Florida dan taman tema diorang memang unreal! Fuh, teringin nak merasa sekali lagi.

Good news! Kita tak perlu nak travel ke Singapura ataupun Orlando, Florida kerana tak lama lagi, taman tema Universal Studios, Disney World, dan Fox World akan dibina di Malaysia!

Wuhoo!
Menteri Besar Selangor, Dato Amirudin Shari, telah mengumumkan yang ketiga-tiga taman tema tersebut bakal dibina di jajaran sebahagian Kota Kemuning sehingga berhampiran Sijangkang.
Umumnya, kawasan Kuala Langatlah.

Kenapa? Kerana kawasan Kuala Langat bakal mengalami pembangunan yang pesat. Keseluruhan pelaburan itu membabitkan kos lebih RM15 bilion dengan keluasan melebihi 800 ekar, dan menunggu kelulusan pihak berkuasa Negeri.

Tambahan pula, Invest Selangor meletakkan Kuala Langat sebagai The Most Prefrered Destination for Investment by District 2017-2018. So kita mungkin bakal lihat pelbagai
pembangunan menarik sekitar kawasan ini dalam beberapa tahun yang akan datang.

Melihat kepada keadaan Kuala Langat sekarang, memang sesuailah untuk dibina taman tema yang perlukan kawasan yang luas. Not only that, kawasan Kuala Langat juga punyai
pembangunan taman perumahan dan menjadi satu lokasi strategik untuk mencari rumah idaman anda, especially dengan pembangunan ketiga-tiga taman tema ini.

5/3/2019
Negeri Selangor kini berada dalam landasan terbaik untuk menjadi negeri maju. Pelbagai pembangunan infrastruktur kini dapat dilihat di serata negeri demi kemudahan rakyat. Bandar-bandar seperti Bukit Tinggi, Kota Kemuning, Bandar Saujana Putra, Salak Tinggi dan Putrajaya merupakan pusat bandar dan kawasan tumpuan yang mengelilingi Telok Panglima Garang. Menurut peta, ternyata pembangunan kini lebih cenderung di sekitar barat

Selangor iaitu sekitar Telok Panglima Garang, Jenjarom dan Banting. Malahan, Telok Panglima Garang dijangka menjadi setanding seperti bandar-bandar maju lain di masa hadapan.

Untuk mencapai kemajuan tersebut, pembangunan kini telah giat bermula. Seperti yang kita tahu, projek LRT3 telah diumumkan pada tahun 2016 dan stesen terakhir rangkaian ini adalah Johan Setia. Dengan hanya 9KM dari Telok Panglima Garang, semestinya ia bakal memudahkan perjalanan penduduk sekitar. Projek ini dijangka siap pada tahun 2024. KSL City Mall juga dalam proses pembinaan untuk memenuhi keperluan kemudahan asas penduduk setempat.

Akses lebuh raya juga tersedia bagi menghubungkan bandar-bandar sekeliling. Lebuh raya seperti SKVE, yang menghubungkan Pulau Indah dan Putrajaya mempunyai persimpangan keluar di Telok Panglima Garang.

Tambahan, Lebuhraya WCE yang kini sedang dibina dijangka siap pada tahun 2019. Lebuh raya ini bakal menghubungkan KLIA dan Taiping, dan mempunyai persimpangan keluar di Telok Panglima Garang. Akses lebuh raya ini bukan sahaja menghubungkan pelbagai pusat bandar, ia juga dijangka merancakkan lagi sektor ekonomi dan meningkatkan peluang pekerjaan untuk penduduk sekitar.

Pembangunan ini juga dijangka menarik ramai pihak untuk menetap di sana. Menyokong kenyataan tersebut, 3 projek ‘township’ baharu yang dibawakan oleh pemaju terkemuka negara juga bakal memenuhi pemintaan tersebut. Kawasan ‘golden triangle’ ini ialah Tropicana Aman, Rimbayu dan Eco Sanctuary. Namun disebalik pembangunan pesat, Telok Panglima Garang memberikan keseimbangan hidup yang anda perlukan. Dikelilingi keindahan hijau semula jadi, pelbagai lokasi boleh anda kunjungi bersama keluarga. Antaranya ialah Pantai Morib, Bukit Jugra, Taman Paya Bakau Sijangkang dan pelbagai lagi!

Telok Panglima Garang bukan sahaja menumpukan kemajuan masa hadapan, namun ia juga mengekalkan keseimbangan di antara kemodenan dan alam sekitar. Sama ada untuk tujuan kediaman mahupun pelaburan, Telok Panglima Garang bakal melebarkan potensinya dengan lebih meluas. Memiliki aset atau hartanah bakal memberikan pulangan lumayan bagi pemiliknya. Dengan berada di landasan terbaik untuk berada sebaris pusat bandar maju, Telok Panglima Garang semestinya wajar diberikan perhatian.

Telok Panglima miliki segala yang anda perlukan. Akses lebuh raya, kemudahan asas dan pengangkutan awam, kediaman indah dan pelbagai lagi. Jika mahukan sesuatu berbeza, Telok Panglima Garang juga dikelilingi pelbagai tarikan alam sekitar untuk anda kunjungi. Tunggu apa lagi?

JOMTPG!