Mega 3 Housing Facebook

3 Tips Untuk Belanja Duit Raya Dengan Bijak


3 Tips Untuk Belanja Duit Raya Dengan Bijak


Sesi AA - Episod #8: 3 Tips Untuk Belanja Duit Raya Dengan Bijak

Deskripsi:
3 Tips Untuk Belanja Duit Raya Dengan Bijak

Hari ini dalam Sesi AA kita nak bincang tentang nak buat apa dengan duit raya kita tu nanti.

Bagi Muslim, hari raya adalah hari celebration kerana sudah graduate daripada Ramadan. Tapi ada juga yang melihat hari raya sebagai hari duit raya, khususnya yang muda-muda.

Di sini ada peluang kerana minda mereka sedang fikir pasal duit. Maka, waktu inilah yang patut kita gunakan untuk selitkan beberapa tips pengurusan wang yang bijak kepada mereka agar mereka dapat gunakan duit raya mereka dengan cara yang terbaik.

Tip #1: Simpan Duit Dalam Tabung Haji

Idea ini datang dari ayah saya. Saya ada 5 orang adik-beradik dan setiap daripada kami sudah dididik dari awal bahawa setiap sen duit raya yang kami dapat akan dimasukkan dalam Tabung Haji.

Sebagai bonus, ayah saya akan round up jumlah duit yang kami dapat. Katakanlah saya dapat total RM180 duit raya. Ayah saya akan masukkan RM200 dalam Tabung Haji. Apabila kita simpan dalam Tabung Haji, duit tersebut boleh berkembang kerana setiap tahun penyimpan akan mendapat dividen.

Tip #2: Laburkan Untuk Pendidikan

Sila jujur. Siapa di sini yang ada Tabung Pendidikan ataupun sebarang jenis pelan pelaburan khas untuk pendidikan?

Sila angkat tangan.

Bagi yang tidak angkat tangan, jangan risau. Masih tidak terlambat untuk fikir tentang tabung pendidikan untuk anak anda ataupun untuk anda sendiri.

Alhamdulillah, sekarang kita ada banyak pilihan untuk melabur duit untuk pendidikan seperti Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i), takaful pendidikan, amanah saham Islamik, dan fixed deposit Islamik.

Bergantung kepada skim-skim yang ada, anda boleh set sendiri kadar risiko, berapa banyak nak simpan setiap bulan, dan berapa lama nak simpan.

Tip #3: Mulakan Tabung Pencen​

Eh jap, kenapa nak fikir pasal pencen? Aku muda lagi.

Sememangnya mereka yang menerima duit raya ini adalah dalam kalangan muda-muda. Mereka hanya fikir nak bersuka ria dan enjoy. Tapi itu tidak bermakna kita tidak boleh selitkan sedikit peringatan tentang persediaan untuk masa depan, khususnya tentang pencen.

Di Malaysia, kita ada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Private Retirement Scheme (PRS). Minimum age untuk buka akaun KWSP adalah 14 tahun, manakala minimum age untuk buka akaun PRS adalah 18 tahun.

Amacam, dah buka akaun ke belum ni?

Of course, idea-idea ini bukanlah bertujuan untuk menidakkan anak-anak kita untuk enjoy sedikit. Tapi kita juga perlu mendidik diri kita dan anak-anak untuk fikir jauh ke depan sedikit agar kita boleh bersedia menerima cabaran-cabaran yang mendatang.

Bak kata pepatah, “Sediakan payung sebelum hujan.”

Sila rujuk description di bawah untuk links tentang semua yang saya sebut hari ini. Bolehlah anda explore dan pilih yang terbaik untuk anda.

Ada lagi tak idea-idea lain macam mana nak belanja duit raya kita tahun ini? Silalah kongsi di bahagian komen di bawah.

Until next time. Assalamualaikum, bye!