Mega 3 Housing Facebook

Telok Panglima Garang ‘Jauh’?! tapi berapa ‘Jauh’?


Telok Panglima Garang ‘Jauh’?! tapi berapa ‘Jauh’?

1.jpg
Kita sering mendengar alasan ini apabila lokasi rumah tersebut jauh mahupun kurang popular berbanding bandar-bandar yang lain.
2-1.gif
TPG ialah sebuah bandar yang terletak di antara Banting & Klang, Selangor.3.gif
Pelbagai kemudahan akses lebuh raya seperti Jalan Klang-Banting, KESAS dan LKSA melingkari TPG untuk ke pelbagai pusat bandar utama, termasuklah Kuala Lumpur.
Klik sini untuk lihat lingkaran LRT3 & lebuhraya WCE. https://goo.gl/1o12aQ4.gif
Klik dan baca lebih lagi ‘Berapa Harga Rumah Relevan Untuk Rakyat Malaysia?’
Tambahan, pembangunan negeri kini giat bertumpur ke arah daerah Kuala Langat. Ini terrbukti dengan pembangunan kemudahan:
5.gif
Rangkaian LRT3 dalam pembinaan melibatkan laluan sepanjang 37 kilometer dengan akses merentasi Klang, Shah Alam & Petaling Jaya.
Jom menerokai potensi LRT3 di sini: https//goo.gl/e9FZ2q6.gif
TPG bakal menjadi tumpuan pembeli sama ada untuk kediaman mahupun pelaburan.
Tonton Video Trend Perkembangan TPG
7.gif
Klik sini untuk hartanah di Seremban

Sama ada untuk pelaburan mahupun kediaman seisi keluarga, TPG berbaloi malahan menjanikan potensi di masa akan datang.  8.gif




Deskripsi:
 

Telok Panglima Garang Jauh?! tapi berapa ‘Jauh?

Jauhnya dari tempat kerja. Tak naklah duduk sana.”Kawasan tu mana ada apa-apa. Jauh pula tu!”

Kita sering mendengar alasan ini apabila lokasi rumah tersebut jauh mahupun kurang popular berbanding bandar-bandar yang lain. Akibatnya, bandar-bandar utama kelihatan terlalu padat dengan kebanjiran penduduk dalam menjalani kehidupan harian.

Bandar-bandar seperti Setia Alam, Semenyih dan Kajang sudah berjaya memecah stigma sebagai bandar ‘terlalu jauh’ dari pusat bandar. Pelbagai pembangunan seperti perumahan dan infrastruktur juga dilihat giat berkembang demi memenuhi keperluan penduduk setempat.

 Kini tumpuan beralih ke Telok Panglima Garang (TPG) dimana lokasi ini hangat diperkatakan oleh portal digital hartanah, The Edge Market. Jauh sangat ke TPG? Jom kita lihat.  

Telok Panglima Garang ialah sebuah bandar yang terletak di antara Banting & Klang, Selangor. Lokasinya ialah kira-kira 16 km di selatan Klang dan 17 km di utara Banting. Kedengaran jauh? Jom kita kupas lebih lagi.

Telok-Panglima-Garang-‘Jauh’!-tapi-berapa-‘Jauh’.jpg

Tahukah anda kini pelbagai kemudahan akses lebuh raya seperti Jalan Klang-Banting, KESAS dan LKSA melingkari TPG untuk ke pelbagai pusat bandar utama, termasuklah Kuala Lumpur. Lebuhraya WCE yang bakal menghubungkan KLIA-Taiping dengan persimpangan TPG juga dijangka siap pada tahun 2019.

Menurut laporan The EdgeMarket, rangkaian perjalanan dari TPG ke Kuala Lumpur semakin mudah dan efisien. Menurut rajah, cuma 52.6KM dan RM3.30 untuk tol! Dengan perancangan rapi, masa perjalanan anda akan menjadi lebih teratur dan selamat. Tinggal di TPG dan bekerja di bandar lain sangatlah ideal jika kita lihat!

Mengapa? Ini kerana harga kediaman dan hartanah di TPG masih relevan dan tidak terlalu mahal berbanding pusat bandar lain seperti Shah Alam, Klang, Petaling Jaya mahupun Kuala Lumpur.

Berapa-Harga-Rumah-Relevan-Rakyat-Malaysia-Cover.jpg

KLIK & BACA LEBIH LAGI

Tambahan, pembangunan negeri kini giat bertumpu ke arah daerah Kuala Langat. Ini terbukti dengan pembangunan kemudahan seperti LRT3 Johan Setia & KSL City Mall. Ia bakal memanfaatkan penduduk setempat dengan pelbagai peluang pekerjaan dan pertumbuhan ekonomi. TPG bakal menjadi tumpuan pembeli sama ada untuk tujuan kediaman mahupun pelaburan.

JOMTPG-PERKEMBANGAN-AKAN-DATANG.png
TONTON TREND PERKEMBANGAN TPG

Namun, tahukah anda bahawa tinggal di Seremban dan kerja di Kuala Lumpur juga menjadi trend masyarakat kini? Benar. Menurut tinjauan kasar kami, perkara ini terdorong oleh dua perkara utama iaitu: harga rumah lebih murah dan keseimbangan hidup. Menurut laporan The EdgeMarket, masa perjalanan dan jarak Seremban – Kuala Lumpur juga dilihat meyakinkan dengan gaya hidup yang dipilih. Walaupun agak jauh sedikit berbanding TPG, namun kehidupan di Seremban juga serba lengkap dengan kehadiran pelbagai projek perumahan di samping kemudahan asas yang tersedia.
Telok-Panglima-Garang-‘Jauh’!-tapi-berapa-‘Jauh’.png

Desa-Ros-1.jpg
Taman Desa Ros

Sama ada untuk pelaburan mahupun kediaman seisi keluarga, TPG berbaloi malahan menjanjikan potensi di masa akan datang. Rancang kewangan anda dan mulakan langkah kanan untuk memberikan kehidupan terbaik buat keluarga anda.

Mega3_Article-Cover-Tinggal-di-TPG,-Kerja-di-Bandar-4thjuly2017.jpg

Tinggal di TPG, kerja di luar? Boleh ke?
Klik untuk artikel Tinggal Di TPG, Kerja Di Bandar

Ketahui pelbagai projek perumahan mampu milik Mega 3 Housing & Raya Baiduri dan terima kasih di atas sokongan anda!

LIHAT RUMAH IDAMAN DI SINI
 

Sumber:

  1. http://www.theedgemarkets.com/article/how-far-far