Mega 3 Housing Facebook

4 Sebab Kenapa Anda Tak Patut Amik Loan untuk Kahwin 


4 Sebab Kenapa Anda Tak Patut Amik Loan untuk Kahwin 


Sesi AA - Episod #6: Sesi AA - 4 Sebab Kenapa Anda Tak Patut Amik Loan untuk Kahwin 

Deskripsi:

Assalamualaikum!

Hari ini dalam “Sesi Double A” saya nak bincangkan tentang cinta, since kita dalam bulan Februari ni paham-paham la kan. Tapi topik kali ni bukan nak cakap pasal hati, tapi nak cakap pasal akal.

Apabila bercinta, sudah semestinya hati kita dijerat oleh perasaan. Kadang-kadang perasaan itu boleh mengaburi akal kita menyebabkan decision making kita jadi celaru. Terutamanya decision making tentang duit.

Sebagai contoh, antara hutang tertinggi di Malaysia datang daripada personal loan dan salah satu sebab kenapa kita ambil personal loan adalah sebab nak kahwin. Tapi demi cinta, apa salahnya kan?

Banyak salahnya weh! Ada beberapa sebab kenapa korang tak patut ambil loan untuk kahwin:

1. Ia bukan keperluan. Tidak ada peraturan yang mengatakan korang wajib buat event grand apabila kahwin. Anda hanya perlu buatkan event yang meriah dan special. Meriah dan special tidak semestinya kena mahal. Kalau mampu buat grand, takpa. Tapi isunya di sini adalah kita tidak mampu. Dah kalau mampu, buat apa nak amik personal loan kan?

2. Ada lagi perbelanjaan lain yang lebih penting dalam perkahwinan seperti sewa rumah, bil elektrik, bil air, makanan, duit minyak, perabot, dan kalau ada anak nanti, kena fikir susu, lampin, baju, carseat. Atau kalau nanti nak miliki sebuah rumah kena fikir tentang bayaran ansuran bulanan rumah pula.

3. Manusia mudah lupa. Banyak perkara material pasal wedding kita orang tak ingat pun. Tapi bank tidak akan lupa dan hutang tu akan amik masa bertahuntahun nak settle.

4. Punca utama penceraian adalah masalah kewangan. Berkahwin adalah satu permulaan kehidupan yang paaaanjang dengan pasangan kita, dan ada banyak cabaran yang bakal dihadapi khususnya pada permulaan hubungan tersebut. Jangan ditambah pula cabarannya dengan hutang bank.

Mungkin ada yang akan rasa kurang senang dengan apa yang saya sebutkan. Sememangnya wedding yang grand adalah impian. Lagipun, demi cinta, apa salahnya kan? Tetapi, jika cinta kita itu terlalu bergantung kepada benda material, then mungkin ada something wrong kat situ.

"Tapi kalau tak amik loan bank, aku tak boleh kahwin!”

Relax! Tak semestinya. Ada lagi alternatif lain yang lebih baik. Contohnya:

1. Turunkan standard wedding kita kepada yang kita mampu. Alternatif ini sememangnya melawan kehendak nafsu, tetapi at least kita tidak akan dibeban dengan hutang yang bertahun-tahun. Kita akan mulakan perkahwinan dengan steady dan tenang.

2. Belajar untuk kumpul duit. Kita sebagai manusia ada tendency untuk nak benda yang kita impikan secara segera. Ia dipanggil instant gratification dan sifat ini tidak elok untuk kita belai kerana ia menyebabkan kita terburu-buru dan selalu nak ambil jalan short cut sebab kita terlalu fokus kepada keinginan yang short term walaupun ada kesakitan long term.

Pada video yang lalu, saya ada sebut tentang satu challenge untuk kumpulkan RM1000 dalam masa 3 bulan. Challenge tersebut bertujuan untuk pupuk amalan mengumpul duit dan mengasah sifat sabar. Dengan challenge ini, kita nak train diri kita untuk kikis sifat instant gratification tu.

Kalau anda fikir, “Ala, susahnya!”
Ya, memang susah. Tapi demi cinta, apa salahnya kan?