Mega 3 Housing Facebook

Harga Rumah Murah? Biar Betul?


Harga Rumah Murah? Biar Betul?

Mega3-Article-Harga-Rumah-Murah-Biar-Betul-10thNov2017-1-1.jpgMega3-Article-Harga-Rumah-Murah-Biar-Betul-10thNov2017-2.jpgMega3-Article-Harga-Rumah-Murah-Biar-Betul-10thNov2017-3.jpgMega3-Article-Harga-Rumah-Murah-Biar-Betul-10thNov2017-4.jpg
 

Deskripsi:

Harga Rumah Murah? Biar Betul?

Seringkali kita melihat pelbagai tawaran hebat dengan harga yang terlalu murah berbanding harga pasaran semasa, hingga kita tertarik dan terus mahu membelinya.

Hal ini sangatlah berisiko, terutamanya jika ia melibatkan jumlah pembayaran yang sangat tinggi. Lebih-lebih lagi jika ia melibatkan pembelian rumah pertama.

Pembeli perlu berwaspada dengan tawaran diskaun atau rebat menarik, kerana ia berkemungkinan tinggi tidak benar. Jika jumlah keseluruhan pembayaran projek perumahan tersebut tidak cukup untuk menampung kos pembinaan, pemaju mungkin tidak dapat menyiapkan projek tersebut, atau rumah yang dibina tidak menepati perjanjian. Akhirnya, pembeli terpaksa membayar ‘harga’ lebih lagi untuk melengkapkan rumah yang dibeli.

Untuk pengetahuan anda, harga produk berkualiti (rumah) mestilah tinggi berbanding yang lain. Ini kerana harga tersebut merangkumi kos kajian dan tinjauan, inisiatif pemaju, bahan-bahan yang digunakan dan perkhidmatan yang ditawarkan. Segala aspek ini penting untuk asas pembinaan projek perumahan.

Namun, akibat dibuai mimpi dengan kata-kata manis pemaju dengan harga murah, pelan pembayaran dan pelbagai tawaran rebat, impian untuk memiliki rumah pertama terus menjadi angan-angan.

Anda bakal menanggung kerugian besar dan mempertaruh nasib kebahagian keluarga. Mahukah anda melihat ini terjadi?

Menurut kisah yang diterbitkan di The Star Online, seorang lelaki telah membeli unit kediaman dengan harga RM300,000 beberapa tahun dahulu namun kini menemui jalan buntu. Walaupun projek tersebut telah dihabis dijual, namun pemaju gagal untuk menyiapkan unit tersebut pada masa yang dijanjikan.

Kemudian, pemaju memanggil para pembeli untuk mengemas kini rundingan pencairan dan kerugian akibat kelewatan pemaju.

Menurut salah seorang daripada pembeli, pemaju masih berhutang beliau RM50,000 akibat kesan pencairan dan kerugian tersebut. Ini bermakna projek tersebut lewat 1½ tahun. Setelah diselidik, beliau membeli unit tersebut kerana harga yang ditawarkan murah berbanding harga pasaran tanpa membuat kajian sebelum melakukan keputusan.

Dengan akses Internet dan capaian maklumat di hujung jari, perkara ini sepatutnya tidak lagi berlaku. Hanya kerana harga yang ditawarkan murah, tidak bermakna peluang tersebut harus diambil. Menurut portal berita Berita Harian, sebanyak 253 projek perumahan swasta terbengkalai direkodkan di seluruh Semenanjung Malaysia dari 2009 hingga kini. Ini melibatkan 64,291 unit rumah dengan 43,538 pembeli.

Dengan kehadiran pemaju yang tidak bertanggungjawab ia menjejaskan impian pembeli untuk mendiami dan memiliki rumah sendiri. Justeru, kajian tentang pemaju amatlah penting sebelum melakukan sebarang keputusan. Ini termasuklah rekod projek terdahulu dan kredibiliti pemaju.

Mega3 Housing & Raya Baiduri selaku pemaju perumahan mengorak langkah bagi menyediakan rumah mampu milik untuk rakyat Malaysia. Bermula dari 2002 sehinggalah kini, Mega 3 Housing telah berjaya membawakan 5,481 pelbagai jenis unit dan kediaman untuk keperluan rakyat Malaysia.
Manakala Raya Baiduri juga mencatatkan rekod cemerlang sepanjang perjalanan mereka. Sejak 2005, sebanyak 1,798 unit pelbagai jenis telah dibina.

Mega3 Housing & Raya Baiduri telah berjaya menyelesaikan 10 projek perumahan terbengkalai dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM200 juta. Kini, pemaju dikenali sebagai ‘doktor perumahan’ di atas usaha menyelesaikan projek terbengkalai.

Pembangunan di serata Malaysia merangkumi Selangor, Pahang, Negeri Sembilan dan Melaka membuktikan pemaju berjaya membawakan rumah mampu milik untuk rakyat Malaysia. Dengan #TrackRecordTerbukti ini ternyata meningkatkan kredibiliti Mega3 Housing & Raya Baiduri sebagai pemaju perumahan pilihan di mata pembeli.

Mega3 Housing & Raya Baiduri akan terus melakarkan rekod cemerlang bagi menjamin keyakinan para pembeli. Dengan harga mampu milik dan kualiti pembinaan yang terjamin, pemaju tekad untuk memberikan perkhidmatan terbaik bagi memenuhi setiap keperluan kediaman. Untuk info lebih lanjut mengenai rekod cemerlang pemaju, layari https://www.mega3.com.my/

Tambahan, Mega3 Housing & Raya Baiduri juga mengemas kini perkembangan projek perumahan yang dibina agar pembeli peka tentang rumah impian mereka. Ikuti perkembangan projek menerusi Facebook Komuniti Mega3 Housing: https://www.facebook.com/KomunitiMega3

Lakukan pengiraan dan temukan hartanah idaman anda:

https://www.mega3.com.my/alat-pembeli-hartanah/kalkulator-pinjaman-perumahan-mampu-milik/

Temui rumah impian anda di sini bersama Mega3 Housing dan Raya Baiduri!

Sumber asal:

  1. http://www.thestar.com.my/business/business-news/2017/08/12/too-good-to-be-true-think-twice/

  2. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/08/308067/projek-perumahan-terbengkalai-diselamatkan