Mega 3 Housing Facebook

3 Tips Untuk Mantapkan Kemampuan Kewangan


3 Tips Untuk Mantapkan Kemampuan Kewangan


Sesi AA - Episod #5: DSR oleh Aiman Azlan

Deskripsi:

Assalamualaikum!
Hari ini dalam “Sesi Double A” saya nak bincangkan sesuatu yang menarik. Baru-baru ni saya bersembang dengan seorang kenalan dan dia kata dia mampu sewa rumah di bawah RM1000. Saya kata, “Huh, betul ke dia ni?” sebab saya tau berapa banyak gaji dia. Bila saya tanya betul ke tak dia mampu bayar sewa banyak tu, dia simply kata ada duit.

Di sinilah salah faham yang femes: ada duit tidak sama dengan ada kemampuan.

Apabila sesebuah bank ingin luluskan loan atau pembiayaan kepada seorang customer, mereka tidak melihat sama ada customer tersebut ada duit ataupun tidak. No no no. Mereka lihat sama ada customer tersebut mampu atau tidak, dan mereka mempunyai beberapa kaedah untuk tentukan sama ada customer tersebut mampu ataupun tidak.

Salah satu kaedah common yang mereka gunakan adalah kadar DSR. DSR bermaksud Debt Service Ratio dan ia adalah satu formula kiraan untuk menisbahkan antara gaji bersih kita dan hutang yang kita ada. Nisbah ini boleh dikira dalam bentuk percentage dan jika percentage DSR customer tersebut berada dalam range selamat, maka loan atau pembiayaan itu boleh diluluskan.

Range selamat itu apa? Well, lain bank lainlah kriteria yang diberikan. Tapi untuk memudahkan cara, Mega 3, sebagai contoh, telah memilih 70% sebagai range selamat. Untuk tahu lebih lanjut tentang DSR dan cara pengiraan, anda boleh pergi ke www.mega3.com.my - ada video dan artikel yang menerangkan tentang DSR.

Tapi untuk video Sesi Double A kali ini, saya tidak mahu fokus sangat terhadap aspek teknikal DSR tapi lebih kepada aspek praktikal DSR. DSR bukan sahaja berguna untuk bank tapi ia juga berguna untuk kita. Bukan untuk tujuan loan atau pembiayaan, tapi untuk tujuan pengurusan kewangan individu.

DSR dapat memberikan kita gambaran yang agak tepat tentang keadaan kewangan kita kerana ia bukan sahaja mengambil kira berapa banyak duit kita ada tetapi berapa banyak hutang kita ada. Dua-dua perlu diambil kira untuk mengukur kemampuan kita.

Pengajaran penting yang boleh kita belajar daripada DSR adalah ada duit sahaja tidak cukup untuk mengatakan bahawa kita mampu. Mampu juga bermaksud kita tiada bebanan hutang ataupun bebanan hutang kita terkawal. Itulah gunanya DSR kepada kita sebagai satu panduan dalam pengurusan kewangan kita.

Bagaimana untuk mantapkan DSR kita? Hari ini saya nak kongsikan beberapa tips:

1. Save sebelum belanja. Apabila masuk duit sahaja, terus agihkan 20% ke dalam akaun yang tidak disentuh seperti akaun fixed deposit, akaun Tabung Haji, atau akaun lain.

2. Jika tahu tidak mampu, jangan perasan kita mampu. Ini khas untuk mereka yang punyai kad kredit. Konsep kad kredit adalah kita guna duit orang dulu, sebelum bayar balik guna duit kita. Dalam erti kata lain, kita berhutang untuk berbelanja. Jika ada disiplin, tak mengapa. Masalahnya kita sendiri nak saving pun liat, inikan pula nak guna kad kredit. Jadi, jika sedar kita tidak mampu beli sesuatu, jangan beli dengan kad kredit. Lebih baik lagi, buang terus kad kredit tu hehe.

3. Set satu goal kewangan yang spesifik dalam waktu tertentu. Jika tiada goal, kita bergerak tanpa ada arah yang tetap. Merayau-rayau sahaja. Apa kata kita cabar diri kita untuk kumpul RM1000 dalam masa 3 bulan? Jadikan ia 2018 Challenge!

DSR memecahkan ilusi bahawa sekiranya kita banyak duit maka kita mampu untuk belanja. Jadi jangan cepat terpesona dengan gajinya yang besar, kerana mungkin DSRnya lemah kerana pengurusan kewangannya lemah.

Jadi kalau ada calon datang, jangan tengok gaji dia besar mana. Tengok DSR dia okay ke tidak. Haha!