Mega 3 Housing Facebook

Jadual Kelayakan Pinjaman Perumahan Kerajaan Lebih Relevan


Jadual Kelayakan Pinjaman Perumahan Kerajaan Lebih Relevan

1.jpg
2.gif
3.jpg
4.gif5.gif
6.jpg
7.jpg
8.gif
9.jpg
10.gif
11.jpg
12.gif
13.jpg
14.gif
15.jpg
Deskripsi: 

Jadual Kelayakan Pinjaman Perumahan Kerajaan Lebih Relevan
 
Tahun 2017 baru sahaja bermula dan masih ramai lagi penjawat awam tidak memiliki kediaman sendiri. Menurut sumber Berita Harian, kira-kira 960,000 atau 60% daripada 1.7 juta penjawat awam masih tidak memiliki rumah. Presiden CUEPACS Datuk Azih Muda menambah, daripada jumlah itu, sebanyak 75% daripada golongan tersebut berumur 40 tahun dan ke bawah.
 
Dengan ketidakstabilan ekonomi dan kos sara hidup yang meningkat, hal ini sangat membimbangkan negara. Tambahan, harga hartanah semakin meningkat walaupun keadaan ekonomi dan lonjakan nilai ringgit yang tidak menentu sekaligus membataskan pemilikan rumah.
 
Bermulanya 1 Januari 2017, Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam atau LPPSA telah mengumumkan kelayakan pinjaman perumahan kerajaan agar ia lebih relevan kepada harga hartanah semasa. Berikut merupakan carta kelayakan tersebut:
 
Rujuk Jadual Kelayakan di atas
 
Seperti yang tertera di jadual, pemohon kini layak mendapat pembiayaan maksimum sehingga RM750,000 berdasarkan pada gaji pokok dan elaun tetap setiap individu. Dengan kelayakan  gaji pokok dan elaun tetap bulanan serendah RM1700, pinjaman kini bakal membantu majoriti kakitangan awam dalam merealisasikan rumah pertama mereka.
 
Ditambah dengan pengumuman Bajet 2017 di mana pembeli kini boleh mengeluarkan simpanan Akaun 2 KWSP, perkara ini dijangka meningkatkan kadar pembelian rumah bagi kakitangan sektor awam. Pelbagai projek perumahan juga kini dibina serata negara bagi memenuhi keperluan tersebut.
 
Bukanlah alasan lagi untuk tidak membeli kediaman pada tahun ini. Pelbagai inisiatif dan skim telah dijalankan untuk membantu pembeli. Memiliki kediaman semestinya menjadi impian bagi setiap insan.
 
Walaupun kelayakan pinjaman dan pelbagai inisiatif kini tersedia, namun harus diingatkan bahawa peminjam perlu peka dan lebih berhati-hati dalam menguruskan kewangan. Bak kata pepatah, ukur baju di badan sendiri. Miliki rumah yang berdasarkan kemampuan agar ia tidak menjadi beban kepada anda di masa akan datang.
 

Jadual Kelayakan Pinjaman Perumahan Kerajaan

(Dikemaskini 1 Januari 2017)
 
No.    Gaji Pokok + Elaun Tetap*    
(RM)
Kelayakan Maksimum   
(RM)
1 6,500 dan ke atas  750,000
2 6,000 720,000
3 5,700 680,000
4 5,500 650,000
5 5,000 600,000
6 4,700 560,000
7 4,500 540,000
8 4,300 510,000
9 4,000 470,000
10 3,800 450,000
11 3,500 420,000
12 2,900 340,000
13 2,300 270,000
14 Sehingga 1,700 200,000

*Elaun Tetap yang diambil kira adalah: 
  1. Imbuhan Tetap Perumahan (ITP)/ Elaun Perumahan Wilayah(EPW);
  2. ​Imbuhan Tetap Khidmat Awam(ITKA)/ Imbuhan Tetap Keraian(ITK);
  3. Imbuhan Tetap Jawatan Utama/Khas (ITJU)

Kelayakan adalah tertakhluk kepada: 
  1. Anggaran Bayaran Balik(ABB) tidak melebihi 60% daripada gaji pokok dan elaun tetap; dan 
  2. Anggaran baki pendapatan tidak kurang daripada RM200 mengambil kira potongan bulanan yang tertera pada slip gaji.
 

Jadual Bayaran Balik Pinjaman Perumahan Kerajaan

 
Bil      Amaun Pinjaman
(RM)
25 Tahun 
(RM)
30 Tahun  
(RM)
1 180,000 951 860
2 190,000 1,003 908
3 200,000 1,056 955
4 210,000 1,100 1,003
5 220,000 1,164 1,051
6 230,000 1,218 1,099
7 240,000 1,272 1,147
8 250,000 1,326 1,195
9 260,000 1,380 1,243
10 270,000 1,434 1,291
11 280,000 1,488 1,339
12 290,000 1,542 1,387
13 300,000 1,596 1,435
14 310,000 1,650 1,483
15 320,000 1,704 1,531
16 330,000 1,758 1,579
17 340,000 1,182 1,627
18 350,000 1,866 1,675
19 360,000 1,920 1,723
20 370,000 1,974 1,771
21 380,000 2,028 1,819
22 390,000 2,082 1,867
23 400,000 2,136 1,915
24 410,000 2,165 1,956
25 420,000 2,218 2,003
26 430,000 2,270 2,051
27 440,000 2,323 2,099
28 450,000 2,376 2,147
29 500,000 2,640 2,385
30 550,000 2,904 2,624
31 600,000 3,168 2,862
32 650,000 3,432 3,101
33 700,000 3,696 3,339
34 750,000 3,960 3,578

Untuk muat turun Jadual Kelayakan Lengkap, Sila klik pautan ni dari laman web LPPSA