Mega 3 Housing Facebook

Azam Tahun Baru 2017 : Miliki Rumah Sendiri !


Azam Tahun Baru 2017 : Miliki Rumah Sendiri !

1.jpg
2.gif
3.gif
4.jpg
5.gif
6.gif
7.gif
8.gif
9.jpg
10.gif
Deskripsi:

Selamat datang tahun 2017! Pasti ramai yang bersemangat dengan pelbagai azam yang ingin dikecapi. Ada yang nak kuruskan badan, pergi melancong dan langsungkan perkahwinan. Dan pasti ada juga yang bercita-cita untuk memiliki kediaman sendiri.
 
Sebelum ini kita sering terperangkap dengan pelbagai faktor yang menghalang untuk memiliki kediaman sendiri. Antaranya ialah pengurusan kewangan peribadi yang lemah, ekonomi tidak menentu, harga rumah terlalu mahal dan pelbagai lagi. Segala ini menjadikan pembeli berbelah bagi untuk membuat keputusan.
 
Namun tahun 2017 bakal merealisasikan azam tersebut. Dengan pelbagai jenis kediaman yang dibina, pilihan pembeli semestinya lebih terbuka. Ditambah dengan pelbagai pembangunan infrastruktur yang sedang berlangsung, akses ke mana jua lokasi juga dilihat semakin mudah.
 
Pihak kerajaan telah mengambil langkah kanan demi meningkatkan pembelian kediaman negara. Pelbagai inisiatif dan skim telah pun diumumkan untuk hal tersebut.
 
Menurut pembentangan Bajet 2017 yang berlangsung tahun lepas, pembeli kediaman pertama bakal menikmati pengecualian duti setem untuk nilai kediaman bernilai RM300,000 dan ke bawah. Malahan, pembeli juga kini boleh mengeluarkan simpanan Akaun 2 KWSP sehingga 40% untuk membiayai kediaman pertama mereka!
 
Jika anda kakitangan awam, berita ini bakal menguntungkan anda. Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam atau LPPSA baru sahaja mengumumkan
jadual kelayakan terkini bagi mereka yang berkhidmat di sektor awam. Bergantung pada gaji pokok dan elaun masing-masing, pemohon layak mendapat pembiayaan maksimum sehingga RM750,000. Kakitangan awam semestinya tersenyum lebar kerana dengan pinjaman ini, ia bakal merealisasikan kediaman idaman mereka.
 
Namun sekiranya anda peminjam PTPTN dan telah disenarai hitam oleh pihak tertentu, usah risau lagi. Tahun ini, pihak PTPTN telah mengumumkan kelonggaran dengan jaminan peminjam harus tampil untuk menstrukturkan pinjaman mereka. Menurut laporan Berita Harian, 753,038 peminjam masih tidak menjelaskan pinjaman mereka. Jadi untuk mengelakkan kesulitan di masa akan datang, jadilah peminjam yang bertanggungjawab. Anda pasti tidak mahu hal ini menjadi batu penghalang untuk memiliki kediaman pertama anda bukan?
Akhir kata, usah memberi alasan lagi. Bangkit dan tingkatkan tahap kehidupan anda. Peluang keemasan kini sudah terhidang di depan mata, tinggal untuk disambar sahaja.
 
Cabaran memiliki kediaman pertama memang berliku. Namun, segalanya bakal membuahkan hasil untuk jangka masa panjang. Usah tunggu ekonomi stabil, apatah lagi dah kaya baru nak beli rumah.
 
Setiap masa adalah masa yang sesuai untuk membeli rumah. Tiada istilah rezeki datang jatuh bergolek dari langit. Yang penting, aliran wang stabil dan kita perlulah bijak untuk mengurusnya. Jangan malu bertanya dan sentiasa tingkatkan ilmu untuk pembelian kediaman.
 
Sahut cabaran ini dan capai azam tahun  2017 untuk miliki kediaman pertama anda!
 
 
Reference:
http://www.bharian.com.my/node/212470
 
http://www.lppsa.gov.my/v1/
 
http://www.treasury.gov.my/pdf/bajet/ucapan/touchpoints_bajet_2017.pdf