Mega 3 Housing Facebook

PTPTN – Bayar atau Tidak Bayar ?


PTPTN – Bayar atau Tidak Bayar ?

Isu pembayaran hutang PTPTN bukan lagi lapuk di kalangan rakyat Malaysia. Walaupun para peminjam berjaya menamatkan pengajian dan mendapat kerja, namun pembayaran semula masih tidak lagi menjadi keutamaan bagi mereka.

1.gif
Pelbagai inisiatif juga telah dijalankan oleh pihak kerajaan seperti diskaun pembayaran dan potongan gaji bagi penjawat awam bagi memudahkan proses pembayaran semula.
2.gif
3.gif
4.gif
5.gif
6.gif
Hutang pembiayaan pelajaran seperti PTPTN bukanlah hutang yang tidak sihat. Sekiranya diuruskan dengan baik dan berhemah, ia akan memudahkan segala urusan peminjam di masa akan datang.
7.gif
Kami menyeru agar peminjam lebih bertanggungjawab dan segera menghubungi pihak berwajib bagi menyelesaikan perkara ini. Hal ini bukan sahaja melibatkan masa depan anda, malahan orang sekeliling. Bertindak sekarang agar masa depan anda bersama yang tersayang lebih terjamin dengan rekod kewangan yang sihat dan stabil.
8.gif

Sumber: Astro Awani dan iMoney.com

Deskripsi: 

Apa Jadi Jika Tidak Bayar Pinjaman PTPTN?

 
Isu ini bukanlah perkara baru lagi. Rata-rata peminjam terus bersikap sambil lewa tidak membayar pinjaman. Menurut PTPTN, setakat 29 Februari 2016,  mereka menjangkakan bakal mengutip RM15.8 bilion daripada peminjam namun pembayaran hanya RM7.9 bilion sahaja yang diterima.
 
Malahan, sehingga kini seramai 1.25 juta peminjam tersenarai dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS). Menurut Pengerusi PTPTN, Datuk Shamsul Anuar Nasarah, berkata badan tersebut terpaksa melakukan langkah tersebut untuk mendisplinkan peminjam agar tampil dan membayar pinjaman mereka secara konsisten. 
 
Hal ini bukan sahaja membantutkan pinjaman untuk orang lain di masa hadapan, ia juga bakal menjejaskan peminjam yang masih tidak menjelaskan pinjaman mereka. Pelbagai lagi implikasi terhadap peminjam sekiranya mereka masih terus bersikap sebegini.
 
Laporan Kredit Peminjam akan Terjejas
Pertama, anda akan disenarai hitam oleh CCRIS kerana tidak mempunyai kualiti laporan kredit yang memuaskan. Akibatnya? Pinjaman yang dimohon daripada mana-mana institusi kewangan sukar untuk diluluskan. Sekiranya anda tidak tampil dan membersihkan rekod anda, perkara ini bakal berlanjutan dan memberi kesan di masa akan datang. 
 
Tidak Boleh Keluar Negara
Peminjam akan disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen Negara jika tidak langsung membuat bayaran ataupun mempunyai tunggakan. Bukan sahaja anda dihalang untuk keluar negara, malahan peminjam juga tidak boleh memperbaharui pasport mereka.
 
Anda Akan Didakwa Di Mahkamah
Peminjam perlu juga tahu bahawa pihak PTPTN akan mengeluarkan dua notis peringatan bayaran balik dan juga notis tuntutan sekiranya anda tidak membuat bayaran balik. Sehingga 29 Februari 2016, sejumlah 115,279 peminjam telah didakwa di mahkamah dengan jumlah tertunggak bernilai RM9.8 juta.
 
Jadilah peminjam yang bertanggungjawab. Ingat, pembayaran semula perlu dilakukan secara berperingkat agar dana PTPTN stabil untuk kegunaan generasi akan datang. Pihak PTPTN sentiasa terbuka untuk sebarang rundingan dan penstrukturan pembayaran semula. Pelbagai kaedah pembayaran dan potongan juga tersedia bagi memudahkan pembayaran pinjaman.
 
Tampil dan jadi peminjam yang bertanggungjawab, jangan kerana sikap sambil lewa anda menggadaikan masa depan diri sendiri.