Mega 3 Housing Facebook

Soalan Lazim Pinjaman Perumahan Bank


Soalan Lazim Pinjaman Perumahan Bank

1. Kaedah pengiraan bagi menentukan kelayakan pinjaman perumahan bank 

Anda kakitangan swasta? 
Buntu untuk mengira kelayakan pinjaman perumahan?
Disini, kami kongsikan cara pengiraan yang kebiasaaannya digunakan oleh pihak bank bagi kelayakan seseorang untuk membeli kediaman mereka

 
 

2. Alternatif bagi pinjaman perumahan individu yang kurang kelayakan 

Aduh! kelayakan saya untuk beli rumah rendah. 
Tak ada peluanglah saya nak beli rumah macam ni?
Usah kuatir, anda masih ada harapan. 
Video ini menerangkan alternatif lain bagi individu yang kurang kelayakan untuk membeli kediaman.

 
 

3. Persediaan awal bagi melancarkan proses kelulusan pinjaman perumahan bank

Lulus ke Tidak ni?
Kenapa lama sangat proses pinjaman saya?
Aha! Anda tidak sabar menunggu kelulusan pinjaman bank?
Elakkan punca kelewatan ini adalah daripada ANDA sendiri.
Ikuti beberapa perkara yang perlu diambil kira sebagai persediaan awal sebelum anda memohon pinjaman perumahan bank. 

 

4. Antara individu yang dibolehkan untuk membuat pinjaman perumahan secara bersama .

Perlukan pinjaman secara bersama?
Apa itu pinjaman secara bersama?
Pinjaman secara bersama adalah pinjaman yang dibuat atas 2 nama. Pinjaman bersama ini selalunya berlaku sekiranya si peminjam pertama tidak mempunyai kelayakan yang cukup untuk lulus pinjaman.
Sebelum anda ingin membuat pinjaman secara bersama, mari ketahui siapakah antara individu yang dibolehkan untuk membuat pinjaman perumahan secara bersama.

 

 5. Jenis Elaun dan Simpanan yang boleh diguna pakai dalam pengiraan kelulusan pinjaman perumahan bank.

Simpanan sangat penting untuk masa hadapan. Ia juga adalah satu sumber yang membolehkan kita buat bayaran wang pendahuluan untuk membeli rumah. Rata-rata bank akan meluluskan pinjaman sebanyak 90% sahaja. Baki 10% anda perlu jelaskan kepada pihak pemaju pada masa yang ditetapkan.
Jom lihat jenis elaun dan simpanan yang boleh diguna pakai dalam pengiraan kelulusan pinjaman perumahan bank.

  ​

6. Jenis Pekerjaan dan Sektor perniagaan yang mempengaruhi kelulusan saiz pinjaman perumahan bank.

Adakah anda tahu, pekerjaan juga mempengaruhi kelulusan saiz pinjaman?
Terdapat beberapa jenis pekerjaan dan sektor perniagaan yang mempengaruhi kelulusan saiz pinjaman perumahan bank. Jom lihat antara jenis pekerjaan yang dimaksudkan. Mungkin pekerjaan anda adalah salah satu daripada yang disebut?