Rekod kewangan menjadi faktor kelulusan pembiayaan rumah anda
Walaupun masih ramai yang merasakan pembiayaan rumah sukar untuk diluluskan, namun statistik menunjukkan rekod mencatatkan sebaliknya. Menurut laporan oleh Bank Negara, ia merupakan khabar angin bahawa kadar pembiayaan rumah yang tidak diluluskan sehingga 60%.
Secara keseluruhannya kadar kelulusan pembiayaan rumah kekal tinggi pada 74.2% (kadar purata 2012 hingga 2016: 74.1). Kadar kelulusan ini dikira melalui nisbah permohonan pembiayaan rumah yang diluluskan menerusi bank-bank di Malaysia dengan jumlah permohonan yang diterima oleh pihak bank pada tempoh masa yang sama.
Bank Negara juga menyebut bank telah meluluskan sejumlah RM22.3 bilion untuk pembiayaan kediaman pada suku pertama 2017 kepada 90,137 pemohon. Turut menambah, lebih daripada separuh pemohon tersebut telah membeli rumah mampu milik pada harga di bawah RM500,000.
Malahan, dengan pelbagai skim pembiayaan rumah dan kemudahan yang diperkenalkan juga telah banyak membantu rakyat dalam memiliki kediaman pertama mereka.
Menurut Bank Negara lagi, permohonan pembiayaan kediaman yang ditolak adalah disebabkan peminjam mempunyai rekod kredit yang teruk di samping tidak mempunyai dokumen yang kukuh bagi menyokong keperluan pembayaran semula.
Sebelum membuat permohonan pembiayaan, pemohon perlu ketahui situasi kewangan masing-masing. Ini termasuklah rekod kewangan seperti CCRIS dan CTOS di mana institusi tersebut merekod dan mengawasi sejarah pembayaran semula individu.
Akibat kurang pendedahan dan tidak mempunyai inisiatif, pembayaran semula seperti PTPTN dan kad kredit gagal dilaksanakan sekaligus meletakkan mereka dalam senarai hitam. Hal ini menjadikan mereka tidak boleh untuk memohon apa jua jenis pembiayaan terutamanya untuk rumah pertama mereka.
Pokok pangkalnya, rekod kewangan anda menjadi ukuran utama dalam kelulusan pembiayaan anda. Pelbagai kaedah dan petua boleh anda amalkan untuk membina rekod kewangan yang stabil. Nak tahu bagaimana? Mudah saja! Ikuti blog Aiman Azlan yang kami bawakan bersama Mega3 Housing & Raya Baiduri!
Hanya klik sini (insert link) untuk pelbagai blog tentang urusan kewangan dan bermacam lagi tips hartanah dan kediaman. Semoga ilmu yang kami kongsikan ini bermanfaat dan membantu anda dalam membuat keputusan.
Sahut cabaran tersebut hari ini dan mulakan membina rekod kewangan anda demi masa depan yang lebih terjamin!
Rujukan:
http://www.thestar.com.my/business/business-news/2017/07/15/bank-negara-housing-loan-approval-rates-remain-high/
http://www.bharian.com.my/bisnes/hartanah/2017/07/303735/bekalan-rumah-mampu-milik-tidak-cukup
MAKLUMATLANJUT
Tidak kira kali pertama atau pun pelawat tetap, sila memberitahukan nama dan emel anda kepada kami di bawah. untuk memberi pengalaman laman ini yang lebih baik.
Juru khidmat kami akan menghubungi anda dalam masa yang terdekat.