Mega 3 Housing Facebook

Kalau Nak Beli Rumah Ingat 2 Prinsip Ini


Kalau Nak Beli Rumah Ingat 2 Prinsip Ini

Mega3_Article-2PrinsipUntukMembeliRumah-1.gif
Mega3_Article-2PrinsipUntukMembeliRumah-2.gif
Mega3_Article-2PrinsipUntukMembeliRumah-3.gif
Mega3_Article-2PrinsipUntukMembeliRumah-4.gif

Deskripsi:
KALAU NAK BELI RUMAH, INGAT 2 PRINSIP INI

Baru-baru ini saya berpeluang berjumpa dengan seorang kawan lama, Z. Borak punya borak, terkejut juga bila dapat tahu Z dalam proses membeli rumah ketiganya! Saya pula masih terkial- kial nak beli rumah pertama. Z kata zaman dah berubah, lokasi bukan faktor utama. Maka, Z pun berkongsi dengan saya 2 prinsip sebagai panduan untuk membeli rumah.

Kedudukan Geografi

Kaji dulu kedudukan geografi kawasan perumahan tersebut. Kawasan di kedudukan geografi yang bagus bukan sahaja dapat berkembang melalui ekonomi, tetapi masih mengekalkan kehijauan alam sekitar. Teluk Panglima Garang, Ijok, Rawang dan Kundang adalah contoh-contoh kawasan yang bagus dengan kemodenan pengangkutan awam seperti sistem transit aliran ringan (LRT) dan lebuhraya yang dapat menghubungkan ke Lembah Klang. Kawasan-kawasan itu juga mempunyai nilai alam semulajadi, tidak seperti hutan konkrit di Kuala Lumpur.

Kenali Pemaju Perumahan

Amat penting untuk melakukan “background check” terhadap pemaju perumahan. Lagi besar pelaburan, lagi besar risikonya. Oleh itu, lakukan “homework” dengan teliti sebelum membuat keputusan. Caranya adalah dengan hubungi Bahagian Pelesenan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk dapatkan maklumat tentang syarikat itu dalam bidang hartanah. Pastikan syarikat pemaju itu benar-benar berpengalaman dan kukuh dalam menjalankan sesuatu projek perumahan. Bagus juga dapat berbual dengan Z hal-hal sebegini. Maklumlah, saya sendiri memang tak mampu nak beli rumah di sekitar Lembah Klang. Ada juga sedikit panduan apabila hendak beli rumah di kawasan lain selepas ini. - RAINA