Memiliki rumah yang mempunyai tanah dan halaman adalah impian setiap individu khususnya yang telah berkeluarga. Seorang pembeli kami berkongsi pandangan berkaitan isu hartanah kini serta pengalamannya membeli rumah bunglo di Taman Bajuri, Olak Lempit
Mari ikuti wawancara kami bersama pembeli tersebut
1. Apakah faktor yang mendorong anda membuat keputusan untuk membeli rumah?
Semasa saya menyewa rumah pangsapuri dahulu, kadar bulanan sewa rumah yang perlu dibayar adalah RM450 sahaja. Kebetulan, pada ketika itu jiran disebelah rumah kami ingin menjual rumah mereka dengan harga RM100k dengan kadar bayaran bulanan tidak jauh beza iaitu RM480. Jadi, dari situ kami mula membuat keputusan untuk membeli rumah sendiri. Selain itu, kami juga ada terfikir untuk membeli rumah yang ada tanah dengan membuat survey pelbagai jenis rumah. Namun, pada ketika itu, semua rumah mahal & di luar kemampuan kami. Pada ketika itu, kami masih baru bekerja dan tangga gaji masih sederhana.
Kami mula fikir untuk membeli rumah melalui pengalaman keluarga, dimana umah sendiri lebih selesa dan terjamin berbanding rumah sewa. Biarpun bayaran bulanan agak lebih dari sewa, ia sudah tentunya milik kami dan secara ia sebagai assat masa hadapan yang nilainya tidak akan menurun, malahan semakin meningkat tahun demi tahun dan kami tidak rasa ia satu bebanan. Pada masa yang sama, kadar sewa akan meningkat tahun ketahun, seperti apartment yang kami sewa dahulu RM450 sebulan, kini sudah menjangkau Rm900 sebulan.
Kini, nilai apartment kami telah menjangkau RM250k tambah Rm110 setiap bulan bagi ‘maintaining fee’ seperti kebersihan dan ‘security guard’. Kawasan sekitarnya juga terdapat banyak kemudahan dan berada dalam bandar. Jadi mudah untuk kami sewakan atau kami jual dengan harga semasa. Jadi membeli rumah daripada menyewa adalah keputusan yang tepat bagi kami.
Kami sebenarnya sudah survey rumah yang ada tanah dari tahun 2013 sejak mula dapat cahaya mata pertama. Pada mulanya kami survey rumah apartmen yang mempunyai 4 bilik. Bagaimanapun dekat area kajang tidak ada. Yang ada dikawasan KL dengan harga dalam 6++k, dekat Cyber masih ada 4++k ke 5++k. bila kami fikir semula rasa sgt rugi sekiranya kami beli apartment baru yang keluasannya lebih kurang sama dgn rumah pertama kami tetapi harga 4 ke 5 kali ganda. Lebih baik kami beli rumah landed.
Satu hari sy terjumpa kawan sekolah saya dahulu, sembang-semban rupanya dia ada beli sebuah rumah banglo 2 tingkat dengan harga yang tak sampai RM600k. Dia juga ada menerangkan kemudahan asas sekitar, pembangunan yang ada dan yang paling penting lebuhraya yang menghubungkan rumah dan tempat kerja kami. Saat itu, kami mula buka langkah untuk melihat sendiri rumah tersebut. Syukur Alhamdulillah kami dapat beli kerana ada pembeli terdahulu yang tidak lepas pinjaman. Dan masa itu memang rezeki kami.
3. Selepas membeli rumah, adakah kadar bayaran bulanan memberi tekanan berbanding kadar bayaran sewa rumah terdahulu?
Secara terang dan nyatanya, sememangnya kadar bayaran bulanan kini adalah lebih dari sebelumnya. Memang agak berat, tpi bila kita sudah terfikir untuk membeli rumah yang lebih selesa pasti ada cabaran kesukarannya. Its normal.
Nasihat daripada ibu saya sekiranya kami tidak keluarkan duit untuk membeli rumah, duit tetap akan habis juga. Sebaiknya biarlah duit yang ada ‘digantikan’ dengan satu benda yang nampak (rumah). Lagipun, tahun ke tahun, gaji makin bertambah, kehidupan makin stabil jadi insya’allah rezeki ada dimana-mana, yang penting kita sentiasa berusaha.
4. Adakah anda memohon pinjaman secara individu atau pinjaman secara bersama?
Bagi pembelian rumah ke-2 ini, kami buat pinjaman secara bersama. Rumah pertama dahulu, nama isteri sahaja, lagipun memang dari awal kami target utk beli rumah lebih besar. Kalau ikutkan gaji kasar kami tidaklah jauh beza, lebih kurang dlm 4ribu lebih dan apabila kami gabung lebih kurang 8 ribu lebih.
Dari segi commitment, pada mulanya kami banyak komitmen, sangat banyak. Kereta, kad kredit, pinjaman peribadi, pinjaman pelajaran, dan lain-lain. Bagaimanapun, Allah sebut anak tu membawa rezeki dan dengan sendirinya bertambah bertambah. Alhamdulillah, kami dapat selesaikan hampir separuh daripada hutang-hutang kami, jadi gaji bulanan ada lebihan dan apabila kami buat kiraan, komitmen rumah ke-2 ini boleh ditampung. Pada mulanya agak was-was. Tetapi bila melihat harga rumah yang semakin meningkat dan tidak akan turun, akhirnya kami sebulat suara untuk membeli rumah tersebut.
5. Secara ringkas, bagaimanakah lebihan bayaran 10% dibuat?
Actually kami ada buat side job, dan separuh daripada down payment ada bantuan dari mak dan ayah. Secara keseluruhannya 10% ini ada bantuan daripada keluarga, ada juga simpanan, dan ada dari side income kami. Bak kata org tu korek la mana2 yang boleh korek. Ada sorang kawan kami juga membuat pinjaman 10% dari majikan utk pembayaran deposit rumah. Dia membuat pinjaman dengan bayaran secara penolakkan gaji bulanan. Bagaimanapun, tidak semua syarikat yang boleh beri pinjaman. Tetapi, sekiranya ada syarikat yangboleh buat pinjaman adalah lebih baik kerana tidak ada faedah atau interest yang dikenakan.
6. Bagaimanakah perasaan anda setelah memiliki rumah? Apakah perbezaan dari segi gaya kehidupan sebelum dan selepas pembelian rumah?
Gembira bagaimanapun pada masa yng sama agak risau, adakah kami mampu untuk survive? Bagaimanapun kami harungi juga, tipu la kalau kerisauan itu tidak ada. Memandangkan sekarang isteri pun sudah hamil, jadi perlu kerja lebih kuat untuk ada duit lebih. Kebimbangan kami, bila mula pembayaran bulanan rumah nanti, campur pula nak renovate rumah dan berbagai lagi. Apa-apapun kita perlu fikir untuk jangka masa panjang demi keselesaan anak-anak. Lagipun bayaran bulanan sudah ada anggaran, jadi boleh buat kira-kira utk simpanan, bayaran dan side income utk tambahan mana-mana yang kurang. Pendek kata, kita cuba kurangkan yang mana boleh. Contonya, berjimat dari segi makan. Kurangkan makan diluar. Kalau dikira balik, hamper separuh dari gaji adalah spend hanya utk makan sahaja. Zaman sekarang memang kene ada kerja sampingan, Secara peribadi, jika tidak ada pendapatan tambahan atau ‘kerja ke-2’ ini memang kami tidak mampu utk survive. Selesaikan hutang-hutang kami yang banyak. Beli rumah ke-2 ini pun banaykdaripada pendapatan tambahan kami. Dan ia adalah faktor utama kami mampu untuk membeli rumah ke-2 ini.
7.Apakah nasihat anda kepada mereka yang masih tercari-cari kediaman di luar sana?
Pertama, sekiraya berniat untuk membeli rumah yang pertama, jgn terlalu memilih, ukur kemampuan, lihat area yang banyak kemudahan dan facilities supaya akan dating mudah disewakan dengan harga semasa. Biarpun rumah kecil sekurang-kurangnya kita ada aset, bila kita rasa dah mampu utk beli rumah ke-2 rumah pertama boleh disewakan. Pangalaman kami beli rumah apartment, ramai antara kawan2 bersuara, “beli rumah mcm ni je ke?’ kami just ignor suara-suara tersebut kerana kami sedar hanya apartment yang kami mampu pada waktu itu, kami tidak akan beli sesuatu yang diluar kemampuan kami. Yang penting beli rumah jangan memilih.
Ok, pada pandangan saya pula, kita perlu berani ambil risiko, kalau kita tak ambil cabaran sampai bila2 kita tidak akan dapat sesuatu. Seperkara lagi, apabila kita survey rumah pastikan area yang ada kemmudahan2, dekat dgn tempat kerja dan anak. Prlu buat kajian yang teliti. Walaubagaimana cara pun kita perlu ada ilmu sebelum membeli rumah, walaupun bukan dari bidang tersebut. Rajin-rajinkan diri untuk bertanya kwan2 yang dah beli rumah, cuba survey dan buat kajian sebelum membeli rumah bagi mengelakan anda ditipu.
Sebenarnya apa yang kami belajar sebelum ni, rumah boleh dijadikan satu aset dan juga pendapatan sekiranya dapat disewakan. Tp sebenarnya kami pun belajar lambat perkara ni. Kalau lepas gred tahu perkara ini, mungkin lebih untung, kalau tahu dari dulu, baik beli dua apartment sekai gus, satu duduk satu lagi sewakan, sewakan mungkin RM800 sebulan, duit lebih boleh simpan. Utk rumah ke-2 ni, bayaran lebih kurang RM2500 lebih kurang...
Apa advise kami, beli rumah semuda yang boleh, mungkin lepas kerja setahun terus beli . Lagi satu, jangan memilih sangat, kalau boleh beli rumah sub sale yang murah, tak perlu beli rumah baru, ukur baju dibadan sendiri. Tak kiralah rumah landed ke, kondo yang mewah ke, yang penting ada aset dahulu, bila dah ada, apa yang kita nak buat dengan aset tu kita fikir kemudian. Tak perlu beli yang mahal2 sebenarnya. Rumah yang kita beli tu, kita boleh cagarkan atau kita duduk sendiri. Ikut kajian kami, rumah pertama elok dijadikan asset, mungkin disewakan. Jadi rumah ke -2 boleh duduk.
Kebanyakkan belia yang baru-baru dah kerja, awal2 dia beli kereta yang mahal2. Sebenarnya tak perlu pon nak beli kereta mahal2. Satu lagi kita xboleh sebuk nak simpan duit, sebb bukan senang nak simpan, kalau emergency kita akan guna jugak duit tu. Yang penting asset hartanah perlu ada terlebih dahulu.
MAKLUMATLANJUT
Tidak kira kali pertama atau pun pelawat tetap, sila memberitahukan nama dan emel anda kepada kami di bawah. untuk memberi pengalaman laman ini yang lebih baik.
Juru khidmat kami akan menghubungi anda dalam masa yang terdekat.