Mega 3 Housing Facebook

Taman Ayer Molek Perdana (Fasa 3), Kuala Sungai Baru, Melaka


Taman Ayer Molek Perdana (Fasa 3), Kuala Sungai Baru, Melaka

rumah-mampu-milik-melaka-taman-ayer-molek-perdana-1-1.jpg
rumah-mampu-milik-melaka-taman-ayer-molek-perdana-2.jpg
Majlis menandatangani perjanjian antara Lembaga Perumahan Melaka dan Mega 3 Housing Sdn. Bhd. di Ayer Keroh, 19hb Julai 2017.

MELAKA 19 Julai - Kerajaan negeri menerusi Lembaga Perumahan Melaka (LPM) hari ini meluluskan dua lagi projek Rumah Mampu Milik (RMM) di negeri ini yang salah satunya membabitkan pembinaan 153 rumah di Kuala Sungai Baru, Alor Gajah.
Pelan-projek-rumah-mampu-milik-melaka-taman-ayer-molek-perdana.jpgPelan tapak Taman Ayer Molek Perdana Fasa 3 di Kuala Sungai Baru.

Ketua Menteri yang juga Pengerusi LPM, Datuk Seri Idris Haron berkata, daripada jumlah itu (801 buah rumah RMM), sebanyak 153 unit RMM bakal dibina di Kuala Sungai Baru dengan harga di bawah RM180,000. 

rumah-mampu-milik-melaka-taman-ayer-molek-perdana.jpg

Rumah Teres Satu Tingkat Mampu Milik 20' x 65', Taman Ayer Molek Perdana Fasa 3, Kuala Sungai Baru.

“Kita percaya projek ini akan memberi lebih banyak peluang kepada penduduk negeri ini terutamanya daripada golongan berpendapatan rendah dan sederhana untuk memiliki rumah kediaman yang selesa pada harga berpatutan.

“Ini juga bukti kesungguhan kerajaan negeri menyediakan kediaman paling mampu dimiliki demi kehidupan rakyat yang le­bih selesa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara LPM dengan pemaju perumahan, PB Realty Sdn. Bhd. dan Mega 3 Housing Sdn. Bhd. di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengarah Eksekutif LPM, Saleh Md. Dom; Pengarah PB Realty, Datuk Poh Geok Seng dan Pengarah Mega 3 Housing, Datuk Tan Gee Swan.

Idris berkata, projek RMM di Kuala Sungai Baru berkenaan menawarkan harga berpatutan daripada RM135,000 hingga RM178,800 seunit.

“Keluasan minimum bagi se­tiap unit adalah 92.9 meter persegi (1,000 kaki persegi) berstatus pegangan bebas dan dibuka untuk pembeli bumiputera serta bukan bumiputera," ujarnya.

Sementara itu Saleh memberitahu, terdapat sebanyak 12,690 unit RMM lagi yang sedang dan akan dibangunkan di Melaka dalam tempoh tiga tahun sehingga 2020.

“Daripada jumlah itu, seba­nyak 818 unit telah berjaya di­siapkan, 3,279 unit sedang dalam pembinaan manakala selebihnya 8,593 lagi akan dibina sepanjang tempoh tersebut,” jelasnya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/bisnes/ekonomi/melaka-bina-lagi-801-rumah-mampu-milik-1.504906#ixzz4njr5cwwP