Mega 3 Housing Facebook

PERBANDINGAN PINJAMAN SECARA ISLAMIC VS KONVENSIONAL


PERBANDINGAN PINJAMAN SECARA ISLAMIC VS KONVENSIONAL

Mega3_Article-Perbandingan-Pinjaman-Secara-Islam-dan-Konvensional_2ndFeb2015_1.png
Mega3_Article-Perbandingan-Pinjaman-Secara-Islam-dan-Konvensional_2ndFeb2015_2.png
Mega3_Article-Perbandingan-Pinjaman-Secara-Islam-dan-Konvensional_2ndFeb2015_3.png

Diskripsi: 

Perbandingan Pinjaman Secara Islam dan Konvensional

Malaysia antara negara yang menjalankan industri kewangan Islam yang paling maju di dunia. Sejak pengenalan awal, produk kewangan Islam telah berkembang dan matang untuk menjadi setanding dan berdaya saing dengan pakej pinjaman konvensional yang lain. Bagaimanapun, terdapat beberapa perbezaan utama seperti :-

Prinsip Pembiayaan Konvensional

Prinsip pembiayaan konvensional mempunyai kadar faedah yang berubah-ubah. Contohnya, bank/pemberi pinjaman memberikan pinjaman kepada peminjam untuk mendapatkan keuntungan daripada faedah yang dikenakan keatas jumlah prinsipal. Bagi pinjaman hartanah, peminjam membayar faedah ke atas baki amaun pokok. Kadar faedah boleh menjadi kadar tetap atau berdasarkan kadar terapung (contohnya BLR, KLIBOR). Pembayaran dibuat melalui tempoh yang ditetapkan secara ansuran. Sebahagian daripada setiap ansuran dibayar, akan membayar servis faedah, manakala selebihnya pergi ke arah membayar prinsipal. Oleh kerana kontrak itu tidak berdasarkan nilai mutlak (contoh harga jualan), lebih cepat peminjam menjelaskan prinsipal, maka jumlah faedah yang dibayar juga lebih murah.

Prinsip Pembiayaan Islam

Prinsip Pembiayaan Islam mengelakkan urus niaga berasaskan riba, dan sebaliknya memperkenalkan konsep membeli sesuatu bagi pihak peminjam, dan menjualnya semula kepada peminjam dengan kedar keuntungan yang telah dipersetujui. Sebagai ganti kepada faedah, kadar keuntungan ditakrifkan di dalam kontrak. Majoriti pilihan pembiayaan rumah secara konsep Islam di Malaysia hari ini adalah berdasarkan kepada konsep Bai’ Bithamin Ajil (BBA) yang dikenali sebagai perjanjian jual dan beli balik. Sebilangan kecil alternatif adalah berdasarkan konsep Musyarakah Mutanaqisah (MM).

Kelebihan Pembiayaan Islam berbanding Pembiayaan Konvensional

Usaha kerajaan Malaysia untuk mempromosikan pembiayaan Islam secara amnya, setiap duti setem mempunyai 20% diskaun bagi dokumen-dokumen Perjanjian Pinjaman Islam.
Nota: Dalam pembiayaan konvensional, terdapat 2 dokumen undang-undang terlibat - Perjanjian Pinjaman dan dokumen caj. Bagi kewangan Islam, terdapat sekurang-kurangnya 3 ke 4 dokumen / perjanjian, yang mempunyai sedikit peningkatan kos undang-undang. Selain itu juga, dalam kes-kes pembiayaan semula daripada konvensional kepada pakej Islam, akan dikecualikan duti setem 100% ke atas baki pinjaman yang sedia ada. Ini tidak dapat dikenakan kepada mana-mana jumlah yang melebihi baki pinjaman pembiayaan semula yang sedia ada. Dalam pembiayaan Islam juga mempunyai satu sistem yang dikenali sebagai sistem akad. Sistem akad beerti persetujuan antara kedua belah pihak dengan kadar pinjaman yang diterangkan secara jelas berkenaan pembiayaan pinjaman tanpa riba’.

Kelebihan Pembiayaan Islam BBA.

Antara kelebihan Pembiayaan Islam BBA, bagi kadar keuntungan terapung, kadar keuntungan dihadkan pada maksimum. Ini tidak berlaku dalam pembiayaan konvensional. Disamping itu, sekiranya berlaku kelewatan dalam penyelesaian pinjaman boleh dikenakan bayaran lebih rendah berbanding pinjaman konvensional kerana tidak ada konsep denda pengiraan faedah. Walau bagaimanapun, normanya seperti yuran dan caj lain mungkin dikenakan yang boleh mengimbangi manfaat ini.

Kelebihan Pembiayaan Konvensional Berbanding Pembiayaan Islam

Pertama, sekiranya peminjam mengubah terma kewangan (Contoh: Meningkatkan jumlah pinjaman), Perjanjian Kemudahan Pinjaman itu perlu ditambah duti setem sahaja. Manakala, bagi pembiayaan Islam, Perjanjian Jual Dan Beli Balik yang baru (BBA) perlu disediakan, menjadikan ia lebih mahal. Keduanya, Pembiayaan Islam mengalami kesukaran dalam menstruktur semula atau pembiayaan semula jika berlaku kegagalan. Terakhir, bagi kos peminjam untuk penyelesaian pinjaman awal, pembayaran lewat atau ingkar lebih telus dalam kontrak berbanding dengan pembiayaan Islam. Sesiapa sahaja (bukan hanya orang Islam) boleh mengambil pembiayaan Islam. Bagaimanapun, jika pekerjaan anda tidak dianggap "halal", mungkin ada kesukaran untuk mendapatkan pinjaman tersebut, contohnya seperti perniagaan babi, kilang arak atau kelab perjudian.

Kesimpulan

Setiap orang mempunyai pilihan untuk memilih pinjaman mana yang mereka kehendaki. Bagaimanapun, bagi mengelakkan/terjebak dalam sistem riba’ yang jelas bakal peminjam khususnya orang islam disarankan agar menggunakan sistem Pembiayaan Islam.
 
 Sumber:
 
http://loanstreet.com.my/ms/pusat-pembelajaran/pembiayaan-islamic-vs-konvensional